Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, April 6, 2017

Fraser Hill ~ Part 4 @ Pagi Di Atas Bukit

Seawal jam 7.30 pagi, kami dah keluar bilik bagi menikmati 'breakfast'.  'Breakfast' untuk kami berdua dah termasuk di dalam pakej bilik.  Walau bagaimanapun, caj tambahan dikenakan untuk Khadija dan Khairin iaitu dalam RM15.00 untuk sekepala.














Bercuti di Fraser Hill ni tak memerlukan bawa baju berbeg-beg sebab dah tentu baju tak kotor dan hanya pakai 'sweater' je. 













Pilihan makanan di hotel  ni kalau dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang kami pergi adalah agak kurang.  Tapi masih ada kepelbagaiannya.  Ada bijiran, buah-buahan, nasi, kuetiau goreng, bubur nasi, salad dan roti bakar.  Cuma yang nampak kurang sebab tak ada pilihan 'pastry', puding atau kek.  Yang lain-lain tu kira dah ok dengan harga yang dikenakan.













Khadija dan Khairin dengan bijiran dan susu.  Harraz pula bila dapat sosej, sudu dan garfu dah boleh buat dia duduk diam.  Benda yang paling dia suka di meja makan ialah sudu dan garfu.  Sebab itulah, mulut kami kalau makan tak berhenti cakap sebab sibuk mengawasi Harraz.  Takut kalau-kalau tercucuk garfu.














Rasa macam kurang sesuatu sebab tak ada telur separuh masak dan telur dadar seperti di hotel yang pernah kami pergi sebelum ini.














Khadija tak tahu nak makan apa lagi barangkali.


Muka kekenyangan.


Harraz dengan buah tembikai.  Buah tembikai salah satu kegemaran dia.















Kami duduk betul-betul dekat dengan pintu yang dibuka menghala ke taman.  Harraz bila dah puas makan, mulalah meronta-ronta nak keluar.














Main dekat dengan pintu.














Akhirnya, dia dapat juga keluar main kat taman dengan diawasi abah Hakim.  Mama dan kakak-kakak masih sambung makan.














Khairin yang 'join' sekali sebab dah kenyang.























Budak tak tahu duduk diam.














Rupa-rupanya masa ni dia tengah 'mengeram'.














Khairin si budak becok.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...