Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, October 4, 2018

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Hari kedua, selepas puas menikmati keindahan alam di Pulau Kapas, kami meninggalkan daerah Marang dan merancang untuk menginap di Kuala Terengganu pula.  Di Kuala Terengganu, kami memilih Hotel Grand Puteri yang mana abah Hakim telah 'booking' terlebih dahulu secara 'online'.  Hotel ni kami pilih sebab terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Terengganu dan hanya 5 minit perjalanan untuk ke Pasar Payang.







Dari anak-anak kecil dah biasa bawa bercuti dan menginap di tempat yang selesa, jadi mereka dapat bezakan antara menginap di bilik hotel, apartment, atau 'homestay'.  Begitu juga saya, yang mana saya lebih suka untuk memilih menginap di bilik hotel berbanding apartment atau 'homestay'.   Saya tidak sukakan ruang yang terlalu besar, tapi juga jangan terlalu kecil untuk menampung kami 5 orang.  Jadi bilik hotel adalah menepati kriteria yang saya mahukan.  Mungkin bila anak dah menginjak usia remaja, memang kami perlu memilih menginap di apartment pula.  


Lobi Hotel Grand Puteri.  Hotel ini berkonsepkan islamik.  Ada 'welcoming drink', kakitangan semua bertudung dan sentiasa mengucap salam bila bertembung.  Suasana hotel juga amat bersih dan selesa.


Kami di hadapan hotel.

















Kolam renang, kalau tak silap di tingkat 2.  Kolam renang diasingkan antara wanita dan lelaki.  Memang islamik sungguh hotel ni.


Bilik yang kami duduk dalam RM169.00 semalam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.  Amat berpuashati sebab tambahan seorang dikenakan RM30.00 sahaja.  Makanan juga banyak pilihan.  Antaranya ada nasi dagang, pulut ikan masin, keropok lekor dan lain-lain menu sarapan pagi.


Khadija, Khairin dan Harraz memang cari koko krunch dan susu sahaja.  Dia orang memang dah tahu kalau tidur hotel, sarapan pagi mesti ada 'cereal' dan susu.
























Bergambar banyak-banyak di lobi hotel yang sangat selesa.

















Kami sebenarnya hanya 'booking' satu malam sahaja di Hotel Grand Puteri ni sebabnya kalau ikut perancangan, kami di Terengganu hanya 3 hari 2 malam sahaja.  1 malam di Marang, 1 malam lagi di Kuala Terengganu. Tapi disebabkan anak-anak kata 'best' sangat Terengganu, hotel ni dan juga tak puas mandi kolam, makanya kami sambung 1 malam lagi menginap di hotel ini.  Tambahan pula cuti Hari Malaysia, jadi tak ada masalah tambah 1 hari lagi di Terengganu.


Hari kedua, sebelum 'check out', kami bersarapan lagi di hotel.  Masih menu yang sama saya pilih, nasi dagang sebabnya memang sedap nasi dagang kat sini.


























Khadija dah pandai menikmati hidangan dan tak segan silu nak bertambah makan.

























Memang puashatilah dengan hotel ni.  Insha Allah, kalau ke Kuala Terengganu lagi kami akan menginap kat hotel ni lagi.






Tuesday, October 2, 2018

Terengganu @ Pulau Kapas

Hari kedua di Terengganu, seawal jam 7.30 pagi kami dah turun bersarapan sebabnya nak berada di Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas seawal jam 8.00 pagi.  Al-maklumlah, hujung minggu yang panjang sudah pastilah ramai yang akan  berpusu-pusu bercuti seperti kami.  Terlebih dahulu, kami bersarapan di hotel dan kemudiannya terus 'check out' kerana kami anggarkan akan balik dari Pulau Kapas selepas pukul 2.00 petang.






















Hotel Pelangi ni bolehlah untuk menginap sekali lagi sekiranya kami berhajat nak ke Pulau Kapas lagi sebabnya sangat dekat dengan jeti (5 minit berjalan kaki), selesa dan harga bilik yang sangat berpatutan disertakan dengan sarapan pagi untuk 3 orang.





Kami ke Pulau Kapas dengan menaiki bot.  Semuanya abah Hakim 'booking' secara atas talian melalui perkhidmatan MGH Boat Service.  Pakej yang kami ambil adalah untuk pergi balik ke Pulau Kapas iaitu RM49.00 untuk dewasa dan RM29.00 kanak-kanak.  Setiap seorang dapatlah 'life jacket' dan 'swimming goggles'.
























Perjalanan dari Jeti Marang taklah lama sangat kerana kurang 15 minit sudah sampai ke Pulau Kapas.  



Sampai sahaja, terus kami 'survey' kawasan yang sesuai untuk kami lepak.  Oleh kerana baru pukul 9.00 pagi, taklah ramai orang lagi di pulau ni.  Kat pula ni juga rupanya ada banyak chalet, jadi yang memang pagi-pagi dah berada kat situ adalah orang yang menginap malam sebelumnya di sana.


Abah Hakim yang paling beria nak bercuti kat pulau ni.  Itupun setelah viral di facebook kawan kami baru bercuti disini.  Dari apa yang diceritakan tulah membuatkan kami rasa 'terpanggil' nak bercuti disini.
















Pulau Kapas ni boleh dikatakan pulau yang bersih.  Cumanya ada beberapa penambahbaikan kena buat pada laluan tangga kerana ada yang telah rosak dan runtuh.  Yang lainnya, keadaan di sini  amat indah saujana mata memandang.

Menyelam untuk melihat keindahan isi laut di Pulau Kapas ini tidak perlu sampai ke tengah lautan.  Punyalah teruja Khadija dan Khairin bilamana mereka menyelam menggunakan 'goggles' nampak batu karang dan ikan-ikan kecil kat dasar laut.



Abah Hakim pula ada beli 'plastic cover' untuk handphone, jadinya memang aksi mereka menyelam tu banyaklah dapat dirakam.







Abah Hakim yang sabar melayan kerenah anak-anak.


Kakak Khadija yang tak puas-puas duduk berendam dalam air.  Naik ke daratan bila rasa lapar.



Harraz pula berendam lama sangat, sampai menggigil kesejukan.



















Pulau Kapas satu destinasi percutian yang akan saya ulang pergi lagi.  Sungguh puashati dengan kebersihan dan keindahan serta kedamaiannya.





Monday, September 24, 2018

Cuti-Cuti Malaysia ~ Terengganu @ Marang

Bercuti ke Terengganu ni sebenarnya tiada dalam perancangan.  Tapi disebabkan bulan September tahun ni banyak cuti yang bersambungan dengan hujung minggu, makanya dalam tempoh yang singkat kami merancang untuk pergi bercuti sekali lagi selepas balik dari bercuti di Port Dickson baru-baru ini.  Lokasi Terengganu ni mulanya saya ragu-ragu untuk bersetuju bila abah Hakim usulkan.  Sebabnya perjalanan yang jauh mengambil masa paling lama 7 jam untuk sampai membuatkan saya rasa macam penatnya berada dalam kereta.  Tapi disebabkan dah lama tak ke Terengganu dan hati macam diseru-seru untuk ke sana, akhirnya saya akur dan bersetuju.


Kami bertolak pada pagi hari Jumaat, Khadija dan Khairin ke sekolah seperti biasa.  Selepas direkod kedatangan, lebih kurang pukul 10.00 pagi abah Hakim ambil mereka di sekolah.  Mereka tak nak ponteng sebab nak dapat kehadiran penuh macam tahun-tahun sebelum ini.


Kami bertolak lebih kurang jam 11.00 pagi dengan berniat musafir.  























Masing-masing 'excited' nak bercuti.  Mereka tak tahu perjalanan ni ambil masa yang lama. 


















Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami berhenti di R&R Gambang.  Makan tengahari di hentian ini dan solat jamak sekali.

















Alhamdulillah.  Dalam pukul 4.30 petang kami sampai di Marang. 























Sampai je terus tuju Hotel Pelangi yang abah Hakim 'booking' secara 'online'. 























Hotel ni kami pilih sebab berdekatan dengan jeti ke Pulau Kapas.  Tak sampai 5 minit berjalan kaki akan sampai ke jeti tu.


Khairin memang tak 'sporting' bila diajak bergambar.


Terima kasih kerana sentiasa bersama dan memahami saya.























Abah dan anak kesayangan dia.  Sebenarnya semua anak pun abah Hakim layan sama rata.


Harraz paling 'happy'. 


Kakak Dija yang kadangkala nampak 'stress' sebab sekarang sikit-sikit mama dan abah asyik minta tolong dengan dia.























Kalau adik-adik buat hal, kakak orang pertama yang akan dipersalahkan.  Jadi kakak memang kena sentiasa 'alert'.

















Selesai urusan 'check in', kami terus ronda-ronda pekan Marang dan terus singgah makan malam seawal jam 6.00 petang hari itu dan menu hari pertama di Terengganu, kami pilih sotong bakar.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...