Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 20, 2018

Pengkalan Hulu, Perak To Border Betong, Thailand

Mulanya, dalam perancangan kami sekadar nak 'round' Kuala Kangsar.  Tapi tiba-tiba Abah Hakim tukar fikiran menuju ke Pengkalan Hulu, Perak yang jarak perjalanannya lebih kurang 1 jam dari Taiping.  Kiranya percutian kami ke Perak ni singkat dan tidak pun singgah di banyak tempat.  Banyak masa kami habiskan dalam perjalanan sahaja dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

Pengkalan Hulu, Perak ini adalah merupakan salah satu pintu masuk untuk ke negara Thailand iaitu melalui daerah Betong.  Saya pun baru tahu kewujudan tempat ini setelah abah Hakim cerita dan tunjuk gambar beberapa hari sebelum kami bercuti.  Pada saya, tiada apa pun di sekitar kawasan ini yang mana hanya ada bangunan Imigresen dan Kompleks Zon Duty Free.  Kalau nak melepasi sempadan ini tetap perlu mempunyai passport.  Oleh kerana passport kami dah 'expired', manakala anak-anak belum memiliki passport, makanya persinggahan kami hanyalah di sekitar kawasan itu sahaja dan tidak melepasi sempadan Betong, Thailand.



























































Bangunan Kompleks Bebas Cukai yang dalamnya ada barang jualan seperti coklat dan pinggan mangkuk.  Saya hanya beli coklat untuk makan-makan dalam perjalanan balik nanti.

































Bergerak ke hadapan sedikit, sebelum melepasi sempadan, ada deretan kedai yang menjual barangan Thailand sepertimana tapak expo/karnival barangan Thai di Malaysia.  Ada banyak makanan dan buah-buahan, ada periuk belanga, baju, selimut toto dan bermacam-macam barangan Thai.  Pada saya yang tidak begitu menghayati makanan Thai ni takdelah rasa macam teruja bila nampak.  Memang tak berani nak cuba yang pelik-pelik. 































































































Enjoy jugalah kami kat situ walaupun pada saya tak ada apa bezanya dengan expo/karnival Thailand kat Malaysia.  Insha Allah, ada rezeki akan cuba untuk masuk Thailand pada masa akan datang.






Wednesday, December 19, 2018

Hotel Taiping Perdana

Seperti biasa, kami akan tempah tempat penginapan melalui booking.com.  Tapi kali ni disebabkan rancangan nak ke Taiping ni 'last minute', makanya kami pilih sahaja hotel yang ditawarkan tu bertepatan dengan bajet kami yang mesti kurang RM300.00, ada kolam renang dan juga termasuk sarapan pagi.  Akhirnya kami memilih Hotel Taiping Perdana atas kriteria tersebut.


































Kami sampai ke hotel sekitar jam 3.30 petang, selesai solat semuanya terus budak-budak ni sibuk nak terjun kolam.  Kolam renang kat hotel ni 'indoor', dan taklah besar sangat. 


















Sebenarnya ada berlaku insiden budak lelaki umur 6 tahun hampir lemas sebab masuk kolam dewasa.  Yang kelakarnya, betul-betul budak tu depan saya sedang menjerit terkapai-kapai saya boleh tak perasan sebab leka rakam aksi Khadija berenang.  Mujur abah Hakim nampak, terus tarik budak tu naik atas.  Kelekaan dalam beberapa minit boleh meragut nyawa budak tu.  Peringatan buat kami juga supaya jangan leka dan kena sentiasa awasi pergerakan anak-anak.





















Breakfast di hotel, benda yang paling budak-budak ni suka semestinya cereal dan susu.  Memang itulah benda yang dia orang akan cari dulu.




























Khairin yang susah nak senyum.  Geram je rasa tengok dia yang macam tak ada perasaan.  Khadija pula makin tinggi hinggakan dah hampir separas tinggi mama.

Hotel Taiping Perdana ni hotel yang Islamik.  Insha Allah, jika ada rezeki, boleh diulang untuk menginap lagi jika kami ke sana pada masa-masa akan datang.




Monday, December 17, 2018

Mee Udang Kuala Sepetang

Sebelum 'check in' hotel, kami putuskan untuk menikmati mee udang di Kuala Sepetang sebagai juadah makan tengahari kami.

















Boleh tahan jugalah rasa mee udang ni.  Lebih kurang macam mee bandung tetapi perencahnya udang maka rasa kuahnya manis udang.  Sedap tapi tak boleh lawan mee bandung mak juga.  Harga mee udang serendah RM9.00 di gerai makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang ni.  Harga akan berbeza mengikut saiz udang yang diminta.  Dalam setiap mangkuk adalah dalam 5 ekor udang.  Puas makan jugalah.


















Mama dan abah Hakim sahaja yang makan mee udang.  Mereka berdua tetap pilih menu kegemaran mereka iaitu nasi goreng untuk Khadija dan kuetiau goreng untuk Khairin.

Makan berkongsi supaya semua dapat rasa.  Tapi selalunya Khairin makan tak habis, maka kakak Khadija lah yang akan untung.


















Harraz yang makannya tak banyak tapi lebih kepada 'mengacau' ketenteraman kami untuk makan.  

Pada saya, kalau ke kawasan sekitar Taiping, singgahlah ke Kuala Sepetang ni untuk mencuba mee udang kerana ianya ada keistimewaan rasa yang tersendiri. 






Friday, December 14, 2018

Cuti-Cuti Malaysia ~ Part 1 @ Zoo Taiping, Perak

Lokasi cuti sempena cuti sekolah tahun 2018 ni saya dan abah Hakim putuskan seminggu sebelum tarikh cuti.  Kami pilih negeri Perak dan kemudiannya bercadang untuk terus ke negeri Kelantan melalui Jalan Gerik.























Anak-anak memang terlebih 'excited'.



























Harraz yang manja, mengada-ngada masih nak duduk diriba dan baring dipangkuan mama dia.























Lokasi pertama sesampai sahaja kami ke bumi negeri Perak adalah Zoo Taiping.



Susah nak bergambar sekeluarga.  Ada je kerenah dia orang ni.  Akhirnya mama jadi 'singa' baru semua ikut arahan.























Harraz penakut bila kita orang suruh dia berdiri sebelah replika buaya ni.




Terserlah ketakutan Harraz.























Anak abah.



































Abah yang pandai melayan kerenah anak-anak.























Kami berada di zoo Taiping lebih kurang 2 jam dan meneruskan perjalanan ke lokasi lain setelah hujan turun dengan lebatnya tengahari tu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...