Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, March 23, 2009

Penangan Siri Upin Dan Ipin













Hobi, kegemaran ke fanatik anak saya ni? Risau juga saya dengan si Khadija ni. Bukan apa, sikit-sikit minta "Abah, nak betul-betul-betul". Khadija tak sebut Upin Ipin tapi dia suka sebut "betul-betul-betul". Naik bengang dan bingung saya dibuatnya. Kat rumah mak, habis handphone mak cik Nor dia control tengok siri tu. Kat dalam kereta, handphone abah dia. Kat rumah memilih nak kat komputer tak kira siang ke malam, asal celik je mata, yang disebutnya dulu "betul-betul-betul". Ada satu malam tu sampai mengigau cakap "betul-betul-betul" dalam tengah mata tertutup, mamai. Selalu dia sebut "nak susu" tapi malam tu "betul-betul-betul". Minggu lepas kami ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam, punyalah banyak t-shirt Upin Ipin dijual. Berbagai saiz, ada yang RM10.00, ada yang RM12.00. Kami tak beli sebab masa tu tak fokus nak beli benda tu. Tapi si Khadija bukan main lagi, 'excited' agaknya, dia menjerit "betul-betul-betul". Nasib baik dia tak minta, mungkin belum pandai lagi. Tapi takpe dapat gaji ni saya ingat nak sambar dalam sehelai dua untuk dia. Saya bukan apa, bagus siri Upin Ipin tu ada banyak mesej dan ingatan yang disampaikan. Tapi si Khadija jadi hilang tumpuan dengan benda-benda yang dia suka sebelum ni. Kalau nak tahu Khadija ni cukup minat dengan buku. Kalau pergi kedai atau pasar malam yang dia tumpu kat buku, kalau mainan dia tak heran. Jadi, sebagai permulaan abah dia dah start ajar Iqra' untuk dia. La ni, dia dah kenal huruf Alif, Ba, Ta dan Ain sahaja. Yang lain dia tak dapat lagi. Huruf Ain dia paling kenal sebab apa ada 2 orang saudara terdekat dia nama Ain. Tapi semenjak dua menjak ni, Upin Ipin mengatasi segala-galanya. Hai, fanatikkah Khadija dengan Upin & Ipin???

2 comments:

EraNaZeErA.. said...

salam kak... samalah anak2 era pun cam2 gak... hari2 mcm dah jd wajib plak... tambahan yg sekecik tu...

mmg kuat penangan upin ipin ni kan

Diarihatiku1976 said...

citer upin ipim ni memang best.. seronok untuk anak-anak dan keluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...