Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, March 30, 2009

Program 60 Earth Hour : Vote For Earth

Nama sebenar program ni baru je saya dapat tahu sebentar tadi. Ingatkan namanya kempen sempena pemanasan global. Saya sekeluarga menyahut juga cabaran selama satu jam tu pada 28 Mac 2009 yang lalu, jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Suami sayalah yang paling beria-ia. Malam tu kami makan seawal jam 7.00 malam, lilin, mancis, torch light semuanya dah ready. Bermula petang tu, suami saya pasang khemah kat halaman rumah, katanya nak duduk dalam khemah. Khadija apalagi, memang sukalah dia. Tepat pada masanya, rupa-rupanya tak semua yang menyokong kempen ni. Kat taman perumahan kami, Taman Saujana Kapar, lampu jalan tak ditutup, jiran pun tak semua yang menutup lampu rumah mereka. Boleh dikira dengan jari yang menyahut cabaran seperti kami. Jadi disebabkan tak semua menutup lampu, tak terasa sangatlah suasana bergelap kat rumah kami tu, tak rasa macam 'camping' pun. Yang enjoy suasana malam tu, saya dapat rasakan hanya Khadija. Saya pulak, asyik2 tengok jam bila nak pukul 9.30 malam.



Siap je pasang khemah, Khadija terus nak bergolek-golek kat dalam tu.



Lompat-lompat lagi.



Masanya dah tiba. Siap bawa toto sekali.



Dia yang paling kecoh.



Sibuk nak pegang torch light.



Suasana kat luar rumah yang terang-benderang sebab ada lampu jalan.



Lilin tak payah pasang pun takpe sebenarnya.



Porch rumah kami. 1 kereta park kat luar. Kereta Kelisa saya je muat kat dalam tu.

4 comments:

cintaKusayangMu said...

kami pn menyahut cabaran earth hour tu...heheh
skirt legging tu stok baru akan masuk bln april ni..rajin2 la jenguk blog saya ye....
http://stylobubble.blogspot.com/

Unknown said...

salam shima..lama tak jenguk blog ni...apa khabar?? wah bagus la menyahut seruan demimenyelamatkan bumi...tahniah

cintaKusayangMu said...

salam..new skirt legging added...jom singgah...
http://stylobubble.blogspot.com/

Unknown said...

shima.. insyaAllah akan cuba utk kurangkan bowling tu. heheh.

Yuo Aszra lahir 28 Mei 2006. Beza setahun je la dengan anak shima ye. Kami plan nak buat birthday party pada 31 May 2009 kat Setia Alam. Harap shima dapat datang yer.. nanti saya hantar proper invitation.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...