Pada 16 dan 17 Mei lepas, kami ke Janda Baik, Pahang. Ini merupakan cuti2 untuk keluarga kroni atau member2 ofis yang sekepala dengan suami saya. Dalam 12 kereta kami berkonvoi ke sana. Difahamkan 2 keluarga tak dapat turut serta kerana ada hal yg tak dpt dielakkan last minute. Hakim bertindak sebagai ketua delegasi merangkap penunjuk jalan ke sana. Saya puji member2 Hakim ni semua sepakat dan bekerjasama. Para isteri tak payah buat apa2 semua suami2 uruskan. Kat sana semua para suami yang bertindak menyediakan makan dan minum sepanjang kami 2 hari di sana tapi dgn bantuan isteri2 jugaklah. Actually, ini percutian tahunan mereka. Kalau ikutkan plan asal nak ke Penang, Kedah dan Perlis. Booking satu bas tp disebabkan terdpt dua tiga isteri kroni2 yang pregnant, dibatalkan lokasi tersebut, cari yang dekat2 je. OK jugaklah. Saya dengar citer, member2 Hakim dah mula plan utk percutian yang seterusnya.
Perjalanan kami pagi Sabtu tu klu ikut jadual 9.00 pagi semua dah berkumpul kat Dewan Meru tpi tahu jelah, tunggu semua nak ada. Dalam pkl 10.00 baru gerak. Kami ikut jln dalam (Sg Buloh dan keluar kat Gombak). Trafik pagi tu berjalan lancar. Hampir pkl 12.00 tghari kami sampai kat sana. Cerita seterusnya kat gambar di bawah :-
Perjalanan kami pagi Sabtu tu klu ikut jadual 9.00 pagi semua dah berkumpul kat Dewan Meru tpi tahu jelah, tunggu semua nak ada. Dalam pkl 10.00 baru gerak. Kami ikut jln dalam (Sg Buloh dan keluar kat Gombak). Trafik pagi tu berjalan lancar. Hampir pkl 12.00 tghari kami sampai kat sana. Cerita seterusnya kat gambar di bawah :-
Inilah rupa pejabat Chalet yang kami menginap. Menurut Hakim bilik kami dicaj RM60.00. Bolehlah, cuma ada kipas je....tv takde boring jugak. Bukan tak nak yg ada tv dan air-cond tp kat situ terhad biliknya. Cuma dlm 6 bilik tak silap saya ada tv dan air-cond, yg lain kipas je. So, kami mengalahlah, lagi pun family kami kecil berbanding yg lain.
Dalam bilik. Lepas check-in, Khadija 'excited' nak mandi river kata dia.
Terjun sungai dlm pkl 3.00 ptg. Sblm tu kami makan tengahari dgn bekalan yg telah di beri tanggungjawab kepada setiap family. Saya tak kena bawa makanan, tp atas inisiatif sendiri, saya bawa muffin coklat cip. Habis licin, budak2 makan.
Aktiviti mandi-manda. Khadija yg tak takut air.
Lepas mandi kami minum petang dan disusuli dengan game yg telah diatur untuk kanak2 dan ibubapa. Ni masa sesi penerangan untuk acara merebut gula2.
Khadija pun ambil bahagian. Berlari mengejar gula2, agak ketinggalan di belakang. Dia peserta paling kecil. Yang lagi kecil pun ada tp belum pandai berjalan....
Masa rebut gula2 ni, Khadija dah 'aim' sebiji tapi diragut oleh sorang budak ni dgn pantas. Terkial2 Khadija, sian dia.
Akhirnya dapat sebiji je, itupun Atie (isteri Rozi) yang bagi.
Ni pulak acara 'treasure hunt' utk suami isteri. Setiap group dianggotai 4 orang (2 keluarga).
Group kami dapat no. 3. Nasib baik faham klu yang diberi cuma masalah nak cari je lambat skt. Barangnya adalah 'pita pengukur'.
Oleh kerana blk kami takde tv, boring sangat2. Lepas mandi petang tu, kat luar hujan renyai2 pulak. Cuaca kat sini best sangat, siap ada kabus lagi. Berbaloilah klu ambil bilik yg ada kipas je sbb sejuk giler. Berbeza dgn Lembah Klang yang tengah panas skrg ni. Masa ni kami dah ready nak g jenguk para2 suami tgh menyediakan barang untuk 'barbeque' mlm tu.
Antara menu mlm tu. Tom Yam.
Hati dan pedal masak kicap.
Ikan bakar.
Ayam bakar (best ayam ni rasa ayam percik).
Kerabu udang. Udang ni rebus dulu. Kalau nak tahu Hakim yg tolong kopek.
Acara bermula. Tp saya tak turut serta sbb Khadija lepas Maghrib, dlm 7.30 dah tidur. 'Frust' tak dapat keluar bilik. Nasib baik Hakim ambilkan semua makanan tu.
Pagi esoknya, lepas breakfast sambung mandi semula. Tengok budak2 ni buli Khadija dengan Hakim. Dia org ni dari kecil masa baby lagi dah biasa dgn Hakim (masa tu Hakim bujang lagi). Semua sikit2 Acik Hakim, Hakim ni rajin layan dan menyakat budak2.
Khadija yang tak puas2 mandi walaupun dah kesejukan.
Mama yg tak mandi, cuma rendam kaki je.
Sebelum balik di hadapan chalet kami.
Pasang khemah tapi tak duduk pun dalam tu. Cuma Khadija je yang main kat situ.
Dgn kakak Khaleefa, anak Liza. Dia ni skt2 Acik Hakim.....
Dalam perjalanan blk. Khadija tidur dlm kereta.
Kesimpulannya, percutian ini sikitpun tak memenatkan saya selepas balik ke sini. Sbb perjalanan tak jauh dan cuaca pun elok je sejuk.........
1 comments:
salam Shima, maklang jengok2 ni...
dah balas mail tu...
jemput ke blog jahit maklang
http://jahitanmaklang.blogspot.com
Post a Comment