Entry ni sbnrnya saja2 je. Tengah menghilangkan boring sambil nak tunggu mesyuarat pukul 9.00 pagi ni. Hari ni 13 Mei 2009, J-Card kat AEON Bukit Tinggi. Dah plan nak pergi ajak adik saya, Nor temankan. Yelah lepas office hour. Hakim tak dapat temankan lagipun nanti kesian kat Hakim saya kalau dah leka memilih barang dia akan boring menunggu. Orang lelaki faham jelah kalau barang2 dia dah habis dia survey mana nak sgt tengok barang2 kita lagi2 baju dan aksesori wanita. Banyak barang yang saya nak survey. Saja suka2, lagipun dah boleh start membeli raya kan bulan September je nanti.
Sebenarnya saya akan mendapat orang baru dalam keluarga kami. Maksud saya adik Khadija yang dijangka akan lahir pada seminggu umat Islam berpuasa, maknanya pada pertengahan bulan Ogos nanti. Tulah pasal, puasa lepas saya baru sempat ganti 1 hari je. Ada lagi 6 hari. Nanti campur lagi teruklah saya. Saya akan cuba habiskan 6 hari ni. Tapi yelah faham2 jelah bila pregnant ni macam2 hal dengan peningnya kalau kelaparan. Sabar jelah.
Jadi petang ni saya ingat nak survey sikit barang baby. Macam stroller, baby seat semua tak payah dah. Baju kena jugak beli sbb bila tengok semula baju Khadija banyak yang dah lusuh warnanya. Kalau ikutkan memang tak bersedia nak tambah ahli keluarga tapi saya bersyukur kerana saya dimurahkan rezeki tak perlu menunggu lama macam sesetengah orang lain. Cuma fobia masa bersalin dulu masih ada. Yelah dulu c-zer.
Khadija plk 28 Mei 2009 ni baru nak masuk 2 tahun. Tapi perangai dan tingkahlaku +++ daripada usia dia. Entahlah ini pengalaman pertama ada anak. Tak tahu plk dengan orang2 lain yang jauh berpengalaman macam member saya Yong yang dah anak 5. Bukan apa, nanti orang kata saya lebih2 pulak. Rupa2nya semua budak normal macam tu.
Semalam masa saya check-up bulanan kat Klinik Kerajaan (memang kena bersabar, tapi free). Ada satu mak budak tu, umur dlm 3 tahun nak masuk 4 tahun. Fizikal montok, kira obesitilah senang citer. Saya dengar perbualan dia dengan doktor yang kata masalah anak dia tidur berdengkur terlalu kuat. Doktor cakap sbb obesitilah jadi puncanya. So, ibu kena mainkan peranan jaga pemakanan anak. No ice-cream, junk-food and etc.....Lagi satu mak budak tu kata anak dia kuat minum susu. Habis je minta lagi. Ini ikut pengalaman sayalah, anak 2 pupu saya (menurut mak saya yg baru2 ni jumpa di kenduri). Anak dia tu pun obesiti baru 4 tahun. Sebab kuat minum susu. Makan nasi kurang sangat. Mungkin betul kot, Khadija ni skrg dah mula tunjuk setiap 2 jam sebotol. Kalau pagi purata 4 botol. Tengahari hingga petang dalam 3 botol. Malam pun 3 botol. Nasib baik susu Anmum je, masih kira tak terasalah sangat harganya. Tapi dalam 6 pek - 650 gm jugak sebulan tu. Janganlah Khadija jadi obesiti sudah. Saya pesan kat mak, suruh control skt. Tapi saya bersyukur Khadija nak minum susu, ada separuh budak susu dah tak nak minum.
Kesimpulannya, berdasarkan pandangan saya yang masih cetek dalam bab2 ni, susu ibu adalah terbaik tiada kesan sampingan. Dapat mengawal berat badan bayi. dan mempunyai khasiat yang tiada tandingannya lagi2 pahala ibu yang menyusu tu kan besar ganjarannya. Lagi mengeratkan hubungan dan keakraban si ibu dan anak. Badan ibu yang menyusu pun selalu langsing. Ceh, perasan macam saya ni......Kalau ikutkan, cuba tengok bini2 mat saleh tu, tahu je kelebihan dan khasiat susu ibu, semua berlumba2 menyusukan anak mereka. Kita je ada sesetengah ibu kat Malaysia ni especially Melayu yang masih tak peka malu nak susukan anak. Itu pandangan saya je, apa2 pun kpd siapa2 yang terbaca artikel saya ni. Harap maaf ye. Klu nak tau kadang2 Khadija masih nyonyot jugak walaupun dah takde susu badan. So, untuk anak yang kedua ni pun saya akan menyusukannya juga nanti.

0 comments:
Post a Comment