Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Seperti biasa blog ni di 'up-date' dgn cerita aktiviti saya pada hujung minggu. Kalau ikutkan hari Sabtu dan Ahad yang lepas memang tak duduk diam, macam2 saya buat. Saya macam biasa, kalau cuti pun mata ni mesti akan bangun awal macam nak pergi kerja jugak. So, bila dah bangun tu, awal2 pagi lagi dah startlah kerja mengemas saya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas saya ter'rajin sikit. Sejak akhir2 ni macam malas nak beli makanan kat luar, mood tengah ok. Hari Sabtu tu saya masak mee kari. Bahan2 dibeli petang Jumaat lepas balik kerja, cuma santan je, Hakim beli pagi Sabtu. Yelah sedap pakai santan 'fresh' dari santan kotak (kadang2 guna juga). Jom, layan gambar beserta cerita kat bawah ni.



Bahan-bahan untuk menumis.



Bau semerbak naik masa ni.



Masukkan rempah dan cili.



Ni part last sekali, bila dah masuk santan, air asam jawa dan fish ball, tahu kering. Terus tutup api.



Ni makan tengahari kami hari Sabtu lepas, mee kari dan air laici. Dapat pujian, Hakim kata sedap mungkin pasal masak guna periuk kaca mahal (visions). Periuk ni simpan je selalu kat dalam almari. Baru 2 hingga 3 kali pakai bila ada majlis makan2 kat rumah ni. Sayang sebab mahal lagipun beli kat Langkawi.

Citer pasal Langkawi, Hakim plan next year, kami nak ke Langkawi lagi. Mungkin akan booking flight ticket awal. Kali ni dia nak bapak mak dan bapak dia (dia orang tak pernah pergi). Mak bapak saya dah berkali2 pergi ikut rombongan. Apalagi saya nak beli lagi pinggan mangkuk. Tapi kali ni ala2 english style (vantage). Dan bercerita pasal mak bapak mertua ni, mereka dah tua dah (bapak mertua dalam 73 tahun, mak mertua 65 tahun). Tapi bab ajak berjalan, pantang diajak, mesti nak ikut.

Pada sebelah tengahari, lepas makan. Kami boring. Khadija pulak nak bagi leka, bagi dia mainan. Saya memang tak suka rumah bersepah2. Semua mainan mesti disimpan lepas main. Kalau nak tahu Khadija ni bila boring, lepas setengah jam je, nak susu. Jadi nak bagi dia leka. Bagi dia mainan.






Akhirnya setelah puas dipujuk ajak keluar jalan2, Hakim bersetuju. Mula2 ada ke dia plan nak pergi Kalumpang, Kuala Kubu Bahru atau Sungai Bil, Tanjung Malim. Mandi sungai. Kalau pergi Kalumpang, dia kata nak tidur chalet kat sana. Saya sebenarnya malas, sebab tak plan betul2 dan awal2. Penat nanti. Saya sebenarnya nak ajak dia pegi shopping complex, kedai kain ke. Dia tak nak. Tapi akhirnya pada pukul 2.30 petang macam tu dia 'decide' pergi ke Tesco, Setia Alam. Daripada tak ke mana2, saya setuju jelah. Kat sana pun kami tak beli apa sangat. Cuma beli drypers Khadija.



Khadija yang 'excited' nak jalan. Siap bawak basikal dia. Nasib baik kereta abah besar dari kereta mama. Layankan jelah, dia suruh angkat basikal masuk kereta.



Masa ni kat dalam kedai komputer. Hakim beli 'mouse' baru sbb 'mouse' kat rumah tu, bahagian 'right click' dah rosak. Bengang je bila nak buat kerja.



Masa ni Khadija dah ternampak sesuatu dan meronta2 minta nak kan benda tu. Ni yang tak best dengan perangai dia ni.



Dia siap cakap 'Dija nak....nak'. Dia dah pandai bahasakan diri dia dengan nama dia sekarang ni.



Ni yang dia nak. Naik mainan yang kena masuk syiling RM1.00.



Tak puas sekali. Dua kali dia naik. Sebenarnya dia tak nak berganjak. Saya tipu kata nak beli Ultraman....baru dia nak ikut. Lagipun dah ada sorang budak menunggu nak naik benda ni.



Tak puas kat situ sambung pulak kat tempat main sebelah food court. Punyalah usaha dia nak naik. Puji anak sendiri. Dia ni jenis tak putus asa, akan cuba sesuatu sampai dapat.



Akhirnya dapat duduk.



Masa ni saya dah bengang. Ajak dia balik dia tak nak. Tambahan pula ada 2, 3 orang budak main dengan dia. Dia pun apa lagi ada orang melayan. Suka dan lekalah.



Pada hari Ahad pula, saya dan Hakim bersama2 masak kat dapur. Kami masak nasi lemak untuk sarapan pagi kami. Hakim masak nasi dan goreng ayam berempah. Saya masak sambal udang dan goreng telur dadar.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...