Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 8, 2009

Cerita Campur2

Entry ni cerita campur2 pasal apa yang saya buat hari Sabtu lepas. Sekarang ni, buat masa nilah, Hakim asyik sibuk je memanjang dengan kerja dia. Bosan, nak ajak jalan pun susah. Kalau setakat shopping complex tu adalah tapi terkejar2 mcm 2 minggu lepas, dapat pergi Sogo dan Jalan TAR. Dari Klang dalam pukul 5.00 ptg. Sampai hampir pukul 6.00 ptg, cari parking dalam Sogo dkt 15 minit. Pastu kejar ambil monorail dan LRT walaupun dalam hujan lebat masa tu untuk pegi ke Plaza Low Yat, ada barang yang nak dibeli. Tapi tak beli pun sbb bajet lari. Begitu begini sampai pukul 8.00 mlm, balik ke Sogo. Terkejar2 saya shopping beli baju Khadija dan baby. Sampai Sogo tutup pkl 10.00 mlm kami kat sini. Nak buat macam mana disebabkan Hakim sibuk kerja mana2 masa freelah kami terkejar2 shopping. Itu cerita beberapa minggu lepas.

Minggu ni, hari Sabtu pun Hakim kerja. Saya macam biasa tinggal dgn Khadija kat rumah. Boring sangat masa ni, kat taman perumahan kami tu sunyi, ramai yang balik kampung kot. Maklumlah cuti sekolah. Nak duduk rumah mak, pun bosan sbb banyak kerja boleh buat kat rumah sendiri. Berkemas dan macam2 lagi. Ok, pagi tu basuh baju, kemudian masaklah konon untuk Hakim sebelum dia pergi kerja makan dulu.



Baju Khadija yang dibasuh.



Ikan masak kicap, ikan goreng tepung dan tauhu masak sambal (dah masak sambal jadi kering pulak).

Masa kat dapur, tiba2 teringat pasal almari ni. Ni sebenarnya almari buku. Dibeli tak rancang sbb ada promosi, kami beli tu pun bukan letak buku. Jadi tempat letak barang kaca dan hadiah kahwin yang kami terima. Antaranya toaster, blender, yang pyrex dgn corelle tu saya beli kat Langkawi.



Almari buku yang jadi almari barang2 yang diletak kat dapur.



Banyak sangat barang kaca. Saya sebenarnya suka dan mungkin terikut2 dgn ahli keluarga saya yang lain suka beli barang kaca samada berjenama macam arcopal, syarikat menang atau giacomo. Maklumlah kami ahli, bila ada jualan murah + diskaun ahli lagi, memang berbaloi beli. Tapi tulah tabiat buruk dah beli sayang nak pakai. Yang dipakai pinggan2 biasa aje. Tak cukup dgn yang kaca, yang melamine pun melambak kat rumah mak saya. Ditambah lagi pinggan mangkuk warisan arwah atuk dan nenek yang turun kat mak saya. Satu bangsal pun tak cukup. Walhal zaman sekarang kenduri kendara dah pakai catering atau pinggan plastik pakai buang je. Apa2 pun apa yang saya beli janji dapat memuaskan hati dan mata saya.



Ni kabinet kitchen saya. Nampak macam banyak ruang, tapi pun dah penuh dengan barang2 plastik pulak.



Saya amat jaga dan titik-beratkan soal kebersihan samada dari habuk atau minyak. Lepas masak mesti saya lap bersih2.

Cerita kat bawah ni pulak tentang hobi berbasikal suami saya. Bila baca blog Tini (nahartini), suami dia pun tgh gila dengan basikal rupanya. Kalau nak tahu, basikal ni harganya mencecah melebihi RM3,000.00. Tu belum lagi bila kena tukar parts yang rosak. Aksesori pun mahal jugak. Nanti berkesempatan saya akan rakam gambar suami saya tgh tunggang basikal ni ye. Skrg disebabkan sibuk, dah jarang dah naik basikal ni. Hari Sabtu tu keluarkan pun sbb pergi kedai nak beli bateri dan suratkhabar.






Cerita hari Ahad pulak, kami sambut Birthday Khadija. Cerita dan gambar nanti di 'upload'.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...