Kali ni entry saya khusus untuk cerita pasal mak. Saya sayang sangat2 dengan mak saya walaupun saya ni memang tak pandai nak tunjuk dan ungkap dengan kata2. Tapi dalam hati kecil, saya sentiasa mengingati mak dan berdoa untuk dia. Semua orang pasti akan menyanjung tinggi mak sendiri walaupun mak kita tu tak berpendidikan tinggi, lagi pulak berkerjaya? Seperti mak saya, mak saya tak pernah bekerja tapi mak mempunyai banyak kemahiran dan yang paling menyerlah kemahiran mak adalah menjahit, mengait dan memasak. Kalau ikutkan semua adik-beradik mak dan arwah wan pun pandai menjahit cuma ilmu menjahit mak agak extra berbanding yang lain sebab arwah atuk hantar mak belajar menjahit di satu kolej jahitan di Pulau Pinang ketika itu. Mak pandai menjahit bermacam fesyen pakaian dan masa saya sekolah dulu pun mak yang jahitkan baju seragam sekolah kami. Masa tu memang kami tak beli siap. Saya pakai baju sekolah gaun/skirt kalau tak silap sampai darjah 4 atau 5. Lepas tu terus pakai baju kurung. Dengan menjahit jugalah, mak dapat menambah ekonomi keluarga kami ketika itu. Selain daripada menjahit, mak pun pandai bertukang, berkebun, mengait dan macam2 lagi. Pendek kata, mak ni tak pandai duduk diam, bersenang-senang.
Menurut cerita arwah wan, mak antara pelajar yang cerdik di sekolah. Mungkin benar kata arwah wan sebab mak memang pandai terutama dalam matematik. Tapi mak tak seperti adik2 mak yang lain, semua berkerjaya sebab mak terpaksa berkorban daripada meneruskan belajar untuk menjaga adik2 ketika itu disebabkan mak anak yang sulung dan pada masa itu wan sering sakit-sakit. Bagi saya mak saya memang seorang yang hebat. Susah saya nak tengok mak tak sihat dan walaupun mak sekarang ni ada darah tinggi dan kencing manis, mak tak pernah tunjukkan yang dia tu sakit. Doa saya buat mak semoga mak dipanjangkan umur dan sihat selalu.
(Dar kiri mak lang-berdiri, mak cik Esah-sekarang duduk kat Kuala Kangsar, Perak, mak saya dan berdiri kanan, Mak Tua/Yong).
Gambar mak masa muda2. Masa ni masih duduk kat Butterworth, Pulau Pinang sebab arwah atuk masih belum pencen dari Kastam.
Mak dan mak lang, masa ni menunaikan fardhu Haji pada tahun 2003.
Sebahagian daripada adik beradik mak dengan arwah wan.
Gambar kami sekeluarga.
Seperkara lagi pasal mak, mak cukup payah di ajak berjalan. Kata mak, mak dah puas berjalan. Yelah, dulu arwah atuk masa bekerja Kastam, keluarga mak pernah duduk di Pulau Pinang dan Singapura. Kalau nak tahu, 4 orang adik mak lahir di Singapura. Lepas berkahwin dengan bapak, adalah juga mak di bawa berjalan sebab kampung sebelah bapak di Perak dan ipar2 mak ada yang duduk di Kedah dan Terengganu. Mungkin sebab tu mak malas dah nak berjalan sekarang ni. Hai, begitulah antara serba sedikit mengenai mak yang saya sanjung tinggi.
3 comments:
Besarnya pengorbanan seorang ibu kan..siti sayang mak siti gak..rindu la..nak balik kgggggggg
Betul tu Siti. Lg2 bila kt ni dah jd mak kan? Kg Siti kat mn? Akak tak sempat nak baca habis sumer blog awak tu. Pelan2 nanti akak baca yek.
hehe..siti lahir kat tganu, tapi mak duduk kat kuantan. siti lak skarang ni duduk kat seri kembangan, selangor. heheh
Post a Comment