Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, February 16, 2011

Butter Cupcake

Seawal jam 8.00 pagi, hari Sabtu lepas, mood rajin saya tiba-tiba datang dan apalagi terhasillah kek butter kismis. Oleh kerana bahan-bahan semuanya ada di rumah mak, maka amat mudah untuk menghasilkan kek tersebut.



Sebelum dibakar.



Semasa melalui proses pembakaran di dalam oven.



Bahan-bahan memang ringkas, tepung, gula, butter, telur, esen vanilla, serbuk penaik, sedikit kismis dan paper cup.



Adunan yang menggunakan tidak sampai 400 gm tepung dapat menghasilkan 36 biji butter cupcake.

Nampaknya ilmu membuat kek dah semakin meningkat. Lepas ni saya nak belajar buat kuih-muih tradisional pula seperti kuih koci dan kuih-muih kukus yang lain.






3 comments:

matahati-aishahazhar said...

sedap.. kak mintak sebiji

Shima said...

Lama dh Aisyah tak komen. Ingat dh lupa blog ni. Heheh, segan plk dgn awak, biasa2 je kek tu...

Nur Izzati bt Ahmad Gani said...

nmpk sedap. nmpk mcm senang je cara buat cupcake ni. trima ksih kak share resepi ni. lps ni zati nk try buat. hope mnjadi...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...