Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 23, 2012

Ke Klinik Gigi

Keesokan hari selepas balik dari bercuti di Cameron, saya membawa Khadija dan Fatihah membuat pemeriksaan gigi di Klinik Kesihatan Pandamaran.  Ini merupakan kali kedua saya membawa mereka, kali pertama semasa bulan Jun tahun ni.  Pemeriksaan gigi ini adalah untuk setiap 6 bulan sekali.  Bukannya mereka ada masalah gigi, cuma saya nak biasakan mereka dengan pemeriksaan gigi seawal usia 3 dan 5 tahun.

Untuk makluman, pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak dan dewasa adalah mengikut jadual yang ditetapkan hanya pada hari-hari tertentu sahaja.  Walau bagaimanapun, untuk cuti sekolah ni, pemeriksaan oleh kanak-kanak/pelajar boleh dibuat setiap hari (Isnin - Jumaat) samada pagi atau petang.















Saya memilih klinik kesihatan ni atas faktor dekat dengan rumah mak @ wan mereka.















Masih dengan hobi membacanya.  Kemana-mana pun Khadija pergi sekarang ni, buku sentiasa ada di tangan.















Tunjuk gigi.















Gigi susu Khadija saya lihat masih elok, tiada yang rosak kecuali satu gigi dihadapan dah rompong.  Manakala Fatihah giginya agak rapuh dan cepat rompong, hampir 3 gigi susu hadapan telah hilang dengan sendirinya.  Tujuan saya selain daripada pemeriksaan berkala, saya ada meminta doktor gigi membuang tunggul gigi susu yang tertinggal. Tetapi menurut doktor, saya hanya perlu membawa mereka untuk membuang tunggul bila gigi kekal keluar nanti.















Giliran Khadija.  Relaks je, kalau saya dah berdegup-degup jantung ni.















Giliran Fatihah pula.  Kedua-duanya tak takut langsung dengan doktor gigi.  Oleh kerana gigi Fatihah ni jenis yang cepat rosak, doktor ada menyapu sejenis ubat.  Saya tak pasti, apa ubat tersebut.



Untuk makluman rakan-rakan semua, klinik ni ada memberikan berus gigi dan ubat gigi percuma kepada kanak-kanak/pelajar yang membuat pemeriksaan gigi pada cuti sekolah ni.  Jadi, tunggu apa lagi, sekiranya ada kelapangan, bawalah anak-anak anda ke mana-mana klinik gigi kerajaan.  Tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak yang belum bersekolah.  Kalau dah sekolah, perlu bawa GL dari sekolah masing-masing.






1 comments:

Anne Qistina said...

saya pn dalam proses membiasakan anak saya untuk ke klinik gigi..pemeriksaan awal untuk kesedaran awal bagi kanak2...
nanti singgah la ke blog saya k..
http://www.mysufisecret.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...