Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, January 3, 2013

Kakak & Adik Ke Tadika

Syukur Alhamdulillah, dah memasuki tahun 2013.  Tugasan awal tahun dimulakan dengan menguruskan persekolahan kedua-dua puteri kesayangan kami.  Si kakak Khadija masih di alam tadika di PASTI untuk usia 6 tahun dan tahun ni merupakan tahun terakhir beliau disini.  Manakala, si adik Fatihah yang baru 3 ++ tahun saya masukkan ke Tadika Ceria Az-Zahra (TCAZ) untuk usia 4 tahun.

Kedua-duanya tiada masalah, 'excited' dan tidak sabar untuk ke sekolah.  Paling tak sabar si kakak sebab nak berjumpa kawan-kawan lama katanya.  Seperti juga di mana-mana tadika atau kemasukan ke darjah 1 akan diadakan hari taklimat/orientasi lebih awal.  Gambar hari taklimat Fatihah di TCAZ pada hari Sabtu, 29 Disember 2012 saya tidak rakam kerana merasa agak segan di tambah dengan ruang yang agak terhad untuk saya merakam sepanjang taklimat berlangsung.















Ni gambar semasa hari taklimat di bangunan PASTI Darul Ulum II yang baru di Sungai Udang pada hari Ahad, 30 Disember 2012.  Ramai ibubapa yang hadir.















Backdrop.
 














Gambar bangunan baru PASTI Darul Ulum II.  Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tidak masukkan Fatihah ke sini?  Jawabnya bukanlah sistem pendidikan disini tidak bagus.  Ianya terbaik bagi saya, cuma saya risaukan Fatihah yang masih keanak-anakan dan berfizikal yang agak comel berbanding Khadija semasa usia 4 tahun yang bersikap lebih dewasa.  Jadi, saya putuskan biarlah Fatihah di TCAZ sebab di sana juga pendidikan agama dilebihkan.



















Gambar di 'bunting' yang comel.















Senang nak urus Khadija ni.  Dia mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.  Nampak je kawan-kawan, dia terus menegur mereka.















Kelincahan Khadija dan Fatihah.















Sebelum taklimat berlangsung.















Sementara menunggu taklimat dan ceramah agama disampaikan, pelajar-pelajar dibawa masuk ke dalam kelas.  Mungkin hanya sebahagian sahaja pelajar yang turut serta, sebahagian lagi masih berkepit dengan mak ayah masing-masing.















Mereka diberi gambar dan pensil warna untuk mengisi masa terluang sementara ibubapa mendengar ceramah yang disampaikan.  Untuk makluman juga, PASTI Darul Ulum II difahamkan pada tahun 2013 menerima 110 orang pelajar keseluruhannya.  Syukur Alhamdulillah, semakin ramai ibubapa yang sedar tentang perlunya ditanamkan asas agama seawal dari usia kecil seperti kata pepatah 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'.

Ada 2 sesi pelajaran disini.  Ibubapa yang mendaftar boleh memilih samada sesi pagi atau petang.  Kami sepakat memilih sesi pagi supaya mudah untuk menghantar Khadija.  Tambahan pula, kami telah mendaftarkan Khadija untuk belajar mengaji teknik Al-Baghdadi/tahfiz pada sebelah petang di bawah TCAZ.















Seperti taklimat pada tahun 2011 dan 2012, program akan diselitkan dengan ceramah agama.  Kali ini, ceramah disampaikan oleh Ustaz Uda Kasim dengan membawa tajuk pendidikan anak-anak.  Ceramah yang disampaikan amat berkesan dan tidak boring.  Syukur Alhamdulillah, saya dan Hakim dilembutkan hati untuk mendengar ceramah-ceramah agama seperti ini yang mana selain untuk menambahkan ilmu dan memberi peringatan, terdapat kelebihan yang tersembunyi seperti yang saya petik dari kata-kata berikut -

Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin "barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :-

1.  Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2.  Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3.  Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.
4.  Apabila duduk dia di sisi orang alim  tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5.  Selama dia mendengar ilmu tersebut, nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6.  Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7.  Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.















Bersama kawan-kawan.















Gambar hari pertama Fatihah ke sekolah.  Sesi persekolahan Fatihah bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013.  Fatihah memakai baju biasa kerana pakaian seragam masih belum dibekalkan kerana belum dibuat ukuran.  Mungkin dalam bulan Februari nanti baru pakaian seragam diterima.  Teacher di TCAZ telah berpesan pakaian mestilah menutup aurat.  Cuma kasut tu je berlainan warna, saya tak tahu di TCAZ pakai kasut hitam.  Saya dah terbeli awal kasut putih yang juga bersaiz agak besar untuk kaki Fatihah yang comel.  Tunggulah bulan Februari nanti, sekali harung dengan pakaian seragam saya pakaikan Fatihah kasut warna hitam.
 














Bergambar di kereta baru abah.















Beg gambar Mickey Mouse ni Fatihah pilih sendiri.  Mujur Fatihah pilih beg yang murah je.















Pegang tangan kawan sambil menyanyikan lagu.  















Masa ni kalau tak silap saya muzik 'Chicken Dance' sedang dimainkan.















Mak-mak yang 'excited' hari pertama anak-anak di sekolah.  Mereka juga seperti saya, ingin merakam detik dan sejarah baru bagi anak kami.















Fatihah duduk di hadapan sekali, fokus mendengar penerangan dari ibu Zarah.  Kalau nak tahu, antara faktor saya memilih TCAZ ni adalah kerana aktivitinya yang pelbagai.  Sesuai dengan Fatihah yang saya lihat cepat bosan dengan sesuatu, suka bercerita dan menyanyi.  Berlainan dengan Khadija yang agak fokus.















Hari pertama kakak di PASTI yang bermula pada 3 Januari 2013.  Kakak adalah pelajar pertama yang sampai di sekolah ni.  















Wajah bakal seorang doktor pakar. Cita-cita kami dan Khadija juga.  Mama harap Khadija terus cemerlang.















Gambar hari kedua Fatihah di TCAZ.  Ceria, sampai terus sahaja bermain.















Mama harap Fatihah rajin belajar seperti kakak.  Mama tahu Fatihah ni banyak bakat tersembunyi, paling ketara bercakap @ berpidato dan bernyanyi.  Insya'Allah cemerlang pendidikan dunia dan akhirat kamu berdoa mama dan abah doakan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...