Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Di PASTI Darul Ulum II

Cuti sambutan Maulidur Rasul tahun ni kami penuhi dengan menghadiri program perarakan anjuran PASTI Darul Ulum II.  Maulidur Rasul yang diraikan setiap tahun atau kata lainnya disambut sempena mengingati tarikh kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. iaitu pada 12 Rabiul Awal.

Syukur Alhamdulillah kerana Khadija kami masukkan di PASTI yang agak aktif dengan pelbagai program.  Tambahan pula ianya terletak di DUN Selat Klang yang juga wakil rakyatnya agak prihatin dengan program keagamaan seperti ini. 

Program bermula jam 8.00 pagi.  Kami keluar seawal jam 7.30 pagi, 'breakfast' dulu di kedai. 















Abah sedang buat lawak dan mengusik si kakak dan adik.















Kakak macam biasa tak nak makan apa-apa.  Tak sabar nak jumpa kawan-kawan.  Si adik makan sebiji pisang mentah.  Abah pula makan ubi kayu rebus cicah sambal.















Masa ni saya masih menunggu roti canai yang di 'order'.  















Adik dan kakak.  Tudung adik pakai longgar sebab mama tak sempat nak pin.  Tu yang terkeluar rambut kat depan tu.















Perarakan bermula dari Surau Khusyairiah, Kampung Sungai Udang.  Kami diminta berkumpul di sini.















Khadija dan kawan-kawan.  Comel betul kawan Dija yang bernama Awatif.















Abah dan Fatihah berdiri berhampiran tandas surau.















Ustazah sedang menyusun pelajar sebelum perarakan bermula.  Saya lihat tak semua pelajar yang hadir.  Hanya sebahagian sahaja yang kelihatan.  Mungkin hari cuti, ibu bapa dah ada program lain yang dirancang lebih awal.  Di PASTI Darul Ulum II ni, kalau tak silap ada lebih daripada 100 orang pelajar. 















Perarakan hampir bermula.

 

Berarak sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.















Jarak perjalanan dari surau ke PASTI lebih kurang 500 meter sahaja.















Lalulintas dijaga oleh sukarelawan dari Briged Amal.















Seronok betul Khadija dapat berjalan kaki dengan kawan-kawan.


Para ibu berarak di barisan belakang anak-anak.  Saya dan Fatihah pun turut berarak.  Manakala Hakim sibuk merakam gambar sepanjang perarakan sambil memegang bendera PASTI.















Selain perarakan, terdapat program ceramah agama dan pertandingan mewarna untuk pelajar-pelajar PASTI.  Tu yang ada khemah di perkarangan bangunan PASTI ni.















Sebaik tiba, pelajar diminta berada di dalam barisan.
 














Barisan depan pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan disusun di barisan belakang.

 
Entah apa yang Ustazah cakap dekat Dija dan kawan-kawan?















'Backdrop' program.















Antara orang kuat program yang juga selaku ahli jawatankuasa PAS cawangan simpang 3, Jalan Yadi.















Bunga pahar cenderahati untuk para tetamu.















Ustaz Wan Hamidi Wan Mat selaku penceramah pada program ini.  Antara yang disampaikan adalah kelemahan generasi sekarang ini ramai yang tidak mengenali Rasulullah. 















ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali yang turut hadir bersama-sama mengimarahkan program ini walaupun difahamkan jadual beliau agak padat.

Bersyukur saya kerana menempatkan anak-anak saya di tadika yang berasaskan pendidikan agama.  Bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa meniti di bibir mereka.  Kadang-kadang dalam bilik mandi pun mereka berzikir.  Mungkin dah terbiasa.  Mudah-mudahan keluarga kami mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad di akhirat kelak.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...