Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, February 21, 2017

Kisah Anak-Anak Syurga Kami

Hujung minggu saya agak sibuk walaupun hari cuti.  Sibuk sebab selain daripada mengemas seisi rumah, ada juga agenda lain yang perlu dituruti.  Pagi Sabtu saya sibuk dijalanan kalau abah Hakim tiada di rumah.  Sibuk sebab menghantar kakak Dija menghadiri kokurikulum @ koko dan Khairin ke kelas tusyen matematik di rumah teacher Shikin.  Pagi Ahad pula, Khairin dengan tusyen bahasa englishnya di sekolah.  Makanya, aktiviti nak balik rumah mertua atau 'window shopping' terpaksa mengikut waktu mana-mana yang terluang.  Mujur rumah mak saya dekat dan masih boleh singgah bila-bila masa.























Khadija ni memang komited dengan apa-apa sahaja program sekolah.  Memang senang nak urus dia dari segi ketepatan waktu dan disiplin.  Kadang-kadang saya mengusik dia dengan perkataan 'poyo'.























Muhammad Harraz yang memang tak kira hari akan bangun seawal jam 5.00 pagi.  Kadang-kadang tu, perangai dia sangatlah baik tak banyak songeh, bangun duduk diam, lepas bagi susu sebotol terus layan diri.  Kadang-kadang tu, merengek dan mengekor saja ke mana saya pergi.  Kadang-kadang tu buka baju, nak mandi awal sebab nak ikut abah Hakim pergi surau solat Subuh.  Ada saja perangai 'handsome boy' yang semakin banyak cakap walaupun masih pelat.























Khairin Fatihah yang banyak songeh sebab suka menjawab bila mama atau abah Hakim cakap.  Ada sahaja alasan dia nak dapatkan perhatian lebih dari kami.  Kadang-kadang kesian juga dengan dia, sebab mama dengan abah Hakim ada masa lebihkan kakak Dija dan adik Harraz.  Tapi kami tahu Khairin anak yang baik dan bijak cuma banyak songeh saja.
























Kakak Dija, yang semakin hari semakin besar.  Semakin meningkat usia, jelas sifat kepimpinan dia.  Cara berfikir dia juga agak matang.  Adakalanya ada juga sikap keanak-anakan dia, main tetap main, merengek tetap merengek bila nakkan sesuatu.  Ada juga dia memberontak bila kita bantah kehendak dia. 

Kisah anak-anak syurga mama yang mama sentiasa doakan agar menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati mama dan abah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...