Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, March 7, 2017

Ke IKEA Kita

Agak lama juga kami tak ke IKEA, lebih setahun rasanya.  Kali ni ke IKEA bukan sebab saya seorang nak ke sana tapi juga disebabkan ajakan abah Hakim.  Kami merancang ke IKEA bukan pada hujung minggu bagi mengelakkan kesesakan bukan sahaja di jalanan tetapi di dalam bangunan IKEA itu sendiri.  Makanya, korbanlah 1 hari cuti tahunan disebabkan nak 'shopping' di IKEA. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan kerana Khadija dan Fatihah turut cuti pada hari tersebut.  Cuti peristiwa yang diumumkan oleh pihak sekolah setelah penat bersukan pada hari sebelumnya. 























Harraz pada mulanya memang duduk diam.  Lepas je 10 minit duduk dalam tu, meronta minta keluar.  Mungkin sebab teruja dengan suasana dalam IKEA yang macam kat dalam rumah.























Kakak-kakak pun teruja.  Siap minta kami buatkan bilik dia orang macam bilik kat ruang pameran IKEA.























Seronok 'shopping' hari bekerja ni.  Tak ramai orang.














Terasa macam nak tukar konsep ruang tamu sediada ke ruang tamu yang berlatarkan warna gelap.  Tapi cepat-cepat padam angan-angan tu bila difikirkan buat apa nak membazir.  Bersyukurlah dengan apa yang ada.















3 barisan troley barang kami.  'Shopping' kali ni tak tersasar dari tujuan asal.  Cuma pokok bunga orkid sahaja yang tak ada dalam senarai, saya beli.  Itu pun disebabkan harganya yang murah pada saya, RM14.90 sepokok.  Dan disebabkan teruja dengan harganya, 3 pokok saya beli walaupun tak banyak pilihan warna.

'Shopping' kami tak habis kat IKEA sahaja.  Sebelum balik kami singgah ke AEON Mall Shah Alam.  Ada 'sale' rupanya.  Disebabkan saya jenis yang tidak suka 'last minute' berbelanja untuk baju raya mereka.  Makanya, bila ada 'sale' saya tak lepaskan peluang.  Tambahan pula, bila ada yang berkenaan di mata dan harganya juga berpatutan, terus sahaja saya beli.  Alhamdulillah, dapat mereka seorang sepasang baju raya. 























Mereka dengan buku-buku yang mereka beli kat Popular AEON Shah Alam.  Khadija dan Fatihah akan diam tak merungut bila dapat apa yang mereka nak, walaupun penat.

Alhamdulillah.  Dapat juga beli apa yang dihajati.  Siri-siri seterusnya 'shopping' baju raya mereka akan menyusul selagi tak datangnya bulan Ramadhan dan Syawal.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...