Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, March 9, 2017

SAFAR 2017

Sukan tahunan Sekolah Islam Al-Farabi telah sempurna dilaksanakan pada 4 Mac 2017.  Alhamdulillah, program yang dirancang nampaknya berjalan lancar dengan diiringi cuaca yang baik pada hari tersebut.

Tahun lepas, SAFAR diadakan hanya di padang sekolah secara tertutup disebabkan perancangan awal yang sepatutnya diadakan awal tahun telah tertangguh kerana faktor cuaca dan pencemaran udara.  Alhamdulillah, tahun ini SAFAR dapat diadakan di Stadium Sultan Sulaiman, Klang mengikut perancangan pihak sekolah.














2 budak comel yang menyerikan program.  Puteri ikut serta kami sebab malam sebelumnya dia tidur di rumah kami.  Puteri ni senang dijaga, tak banyak songeh, mendengar kata dan arahan, dan tak mudah menangis.  Cuma agak terhad nak bergerak ke sana, ke sini bila ada 2 budak kecil yang akan mengekor pergerakan kita.














Khairin Fatihah macam biasa.  Monyok je muka.  Awal pagi, memang susah nak dapatkan 'mood' ceria budak ni.














Abah Hakim bergerak ke bahagian bawah untuk merakam detik-detik berharga yang hanya akan berlaku sekali dalam hidup.  Walaupun tahun-tahun ke hadapan akan ada lagi sukan, tetapi tidakkan sama seperti tahun ini.

Acara bermula lebih kurang jam 9.15 pagi.  Walaupun perasmi program telah hadir awal, acara tetap bermula lewat bagi memastikan kesediaan kontijen perarakan.














Sehari sebelum sukan, Khadija minta kami belikan t-shirt putih.  Mula-mula naik angin juga, kenapa kena pakai t-shirt putih.  Dia kata dia terpilih masuk perarakan.  Rasa macam susah nak percaya kenapa tiba-tiba 'last minute' masuk perarakan.  Sedangkan 2 minggu berlatih, kata dia masuk bola jaring dan acara 'manis muka' yang dijalankan di sekolah (tahap 2).  Disebabkan beria-ia dia mempertahankan yang dia masuk perarakan, saya ikutkan juga beli t-shirt putih.
















Betul rupanya dia masuk perarakan. Ustazah yang pilih kata dia.  Alhamdulillah, satu sumbangan Khadija buat pasukan rumah biru.


Perarakan kontijen rumah sukan Al-Farabi tahun ni bertemakan Super Hero.














Dari kejauhan, gambar Khairin dirakam.  Khairin masuk acara 'harta karun'.  Hanya acara untuk pelajar tahap 1 dan acara akhir balapan sahaja yang dipertandingkan di stadium.  Manakala, acara-acara lain, telah dijalankan di sekolah pada hari-hari sebelumnya.














Khairin berdiri tegak menunggu acara mula.  Ustazah susun Khairin paling depan dalam barisan rumah kuning untuk memulakan acara.














Khairin yang 'serius'.























Khairin ni memang banyak alasan.  Tapi apa yang saya perhatikan, dia ni agak komited dan bersungguh-sungguh jika dah memulakan sesuatu tugasan tu.  Contohnya, 'homework' dia akan siapkan dulu sebelum makan malam.  Selagi tak siap, selagi tulah dia takkan makan.
 












Kawan pula, Khairin tak macam kakak Khadija yang punya ramai kawan.  Khairin akan berkawan dengan kawan yang serasi dengan dia sahaja.  Setakat ni, hanya dalam 2 hingga 3 nama sahaja yang sering Khairin sebutkan.  Antara kawan yang dia boleh ngam Khairunnisa.  Kawan dari tadika PASTI.  Walaupun Khairunnisa bukan duduk dalam kelas Bestari, tapi Khairin akan cari Khairunnisa bila masuk waktu rehat.  Kebetulan rumah sukan mereka sama, memang ke mana-mana mereka berdua.  Itu yang kakak Khadija laporkan.














Khairin dan kawan-kawan rumah kuning bergambar setelah selesai acara mereka.















Inilah dia Khairunnisa.














Berjalan menuju ke barisan untuk mengambil pingat.  Serius je muka, susah nak senyum.















Tahniah, acara untuk pelajar perempuan tahun 2 dimenangi oleh rumah kuning.
























Pingat emas untuk Khairin.  Kakak Khadija dapat pingat gangsa sahaja yang mana pingat disampaikan semasa perhimpunan di sekolah disebabkan kesuntukan masa untuk acara di stadium.


Paling 'happy' Muhammad Harraz sebab apa yang dia minta semua dapat.  Kakak Khairin pula muka 'stress' sebab penat.  Khadija masih boleh senyum walaupun penat terima arahan mama dan abah suruh tengokkan adik.  Paling 'cool' pula Puteri.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...