Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, August 29, 2017

Happy Birthday Kakak Khairin Fatihah!

Khairin Fatihah dah 8 tahun secara rasminya pada 16 Ogos yang lepas.  Alhamdulillah.  Dua kali kami sambut untuk Khairin sebab nak jaga hati Khairin yang selalu rasa dia dipinggirkan.  Dia selalu rasa mama dan abah lebihkan kakak Khadija. 


1st sambut birthday Khairin kat rumah, petang 16 Ogos tu secara 'surprised'.  Sengaja abah Hakim beli kek tapi sorok.


Khairin ni pandai berkias.  Seminggu sebelum 16 Ogos lagi, hinggalah sehari sebelum tarikh tu, dia buat-buat tanya, "Ada apa dengan 16 Ogos?".  Kita orang yang sengaja nak kenakan dia jawab "Entah, tak ada apa-apa kot".  Bengang je Khairin.

Kalau ada yang perasan, masa kecil kami panggil Khairin dengan panggilan Fatihah tapi sejak dia tadika terus panggilan tukar kepada Khairin.  Sebabnya, kami nak maksud 'Khairin' tu meresap dengan diri dia.  Khairin membawa maksud 'Kebaikan'.  Fatihah pula bermaksud 'Pembuka'.  Makanya, untuk menjadikan akhlak dan peribadi Khairin terpuji, kami panggil dia dengan maksud 'Kebaikan'.













Sambutan kali kedua pula, kami hanya makan-makan di Secret Recipe.  Hanya 2 potong kek tanda meraikan hari jadi Khairin. 













Kita orang bawa sekali Faris.  Sekali-sekala bawa Faris jalan-jalan sama.  Mujur juga Faris ni ikut je cakap kita orang, tak adalah buat perangai sepanjang dia dengan kita orang.














Baca doa sebelum makan.  Mendoakan 'birthday girl' supaya jadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.


Anak-anak yang bakal mendoakan kami nanti.














Alhamdulillah.  Walau hanya di Secret Recipe, harapnya Khairin rasa dia disayangi sama macam kakak Khadija dan Harraz.






Thursday, August 17, 2017

Harraz Masuk Taska

Muhammad Harraz akhirnya dimasukkan juga ke taska.  Kalau diikutkan perancangan untuk masuk taska ni sejak awal tahun lagi tapi disebabkan hati mama yang berbolak-balik dan juga wan yang kata tak payah masukkan, maka hajat nak masuk taska tu tertangguh sehinggalah ke bulan Ogos ni.  Itu pun sebab mama dan abah Hakim kesiankan wan yang tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.  Walaupun wan tetap berkeras kata tak perlu masukkan Harraz ke taska, tapi atas dasar sayangkan mak dan juga untuk kebaikan Harraz sendiri, kami tekad masukkan juga Harraz ke taska bermula 16 Ogos 2017.

Kemasukan ke taska ni pada umur 3 tahun memang dilalui juga semasa kakak Khadija dan Khairin Fatihah dulu.  Cumanya mereka lebih awal masuk ke taska berbanding Harraz.  Masa tu memang kami tekad nak hantar atas dasar anak-anak perlu didedahkan setahun lebih awal bergaul dengan rakan-rakan sebelum masuk ke tadika.  Hasilnya memang anak-anak yang dihantar ke taska ini lebih berdisiplin, pandai berkawan dan tak pakai lagi 'diaper' pada usia 4 tahun.  Mudah untuk hantar mereka ke tadika bila umur 4 tahun nanti.

Begitu juga dengan Harraz, ini juga sebagai persediaan dia pada tahun hadapan untuk masuk ke tadika.  











'Handsome boy' yang seakan-akan teruja nak ke sekolah.  Malam sebelumnya Harraz tidur agak lewat dari biasa.  'Excited' barangkali sebab dia tengok persiapan yang mama dia buat untuk dia ke taska. 























Harraz sejak dari 'baby' memang mudah sangat bangun pagi.  Bangun pagi seawal jam 5.30 pagi selalunya, tapi kadang-kadang terlajak juga dia ke 6.30 pagi.  Tapi itu masa yang paling lewat untuk dia.  Walaupun sebelum ni, wan yang jaga Harraz tapi kami amalkan sejak dia umur 6 bulan lagi dah mandikan dia sebelum kami hantar ke rumah wan.  Alhamdulillah, antibodi Harraz kuat sebab dia tak mudah dijangkiti selesema walaupun dibasahkan kepala setiapkali mandi.























Sebaik sampai ke taska, Harraz teruja "nak main taman", kata dia.
 












Sehingga petang, apa yang teacher @ pengasuh di Taska Comel Intelek laporkan dalam group 'Whatssapp', Harraz pandai berkawan dan 'happy' je.  













Taska Comel Intelek di Jalan Sungai Udang, Klang ni saya pilih sebab lokasinya antara jalan yang kami lalui untuk pergi dan balik kerja.  Aktiviti dan program taska ini merujuk kepada program di bawah Persatuan Taska Negeri Selangor.













Alhamdulillah.  Banyak yang Harraz dapat belajar disini nanti.













Ada hafalan surah-surah harian juga.























Belajar pakai bedak.



















Aktiviti baca buku cerita.

















Janji kamu 'happy' Harraz.  Jangan buat teacher marah sudah.







Tuesday, August 8, 2017

Muhammad Harraz @ 2 years 10 months

Pejam celik, pejam celik..... rasa macam cepat sangat masa berjalan sekarang ni.  Muhammad Harraz dah nak masuk 3 tahun lagi 2 bulan.  Alhamdulillah.























Harraz dah pandai macam-macam.  Pandai membahasakan dirinya dengan panggilan yang kadang-kadang 'adik', 'kita' atau 'Muhammad Harraz'.  Faham percakapan kita, cumanya masih sedikit pelat.























Handsome boy ni masih nak melekap menyusu badan terutamanya bila nak tidur.  Waktu lain dia tak kisah. 























Insha Allah, tahun depan Harraz dimasukkan ke tadika.  Sekarang ni, mama tengah 'survey' tadika yang terbaik buat Harraz.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...