Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, October 24, 2017

Happy Birthday Muhammad Harraz

Alhamdulillah.  15 Oktober 2017, genaplah 3 tahun usia Muhammad Harraz.  Semenjak Harraz dah masuk taska ni, mungkin dia dah faham sikit seronoknya sambut birthday.  Kerap juga kawan-kawan meraikan birthday mereka di taska.  Bila ada birthday dapatlah makan kek dan 'goodies'.  Bila ditanya birthday siapa tadi?  Dia akan cakap, "Muhammad Harraz yang punya".  Tiap-tiap kali juga birthday dia.  Jadi tak nak menghampakan dia dan nak bagi dia rasa betul-betul birthday tu dia punya, makanya tahun ni mama sambut dua kali birthday Harraz.  Satu di rumah dan satu lagi di taska dengan kawan-kawan.























Sehari sebelum birthday, dah dapat hadiah basikal.  


Basikal ni Muhammad Harraz yang pilih sendiri.






















Harraz....... perkembangan dia, kalau ikut pemerhatian mama dan jika dibandingkan dengan kakak-kakak memang ada perbezaan sikit.  Perkembangan dari segi kebijakan tu rasanya mengikut usia.  Dia dah pandai bercakap banyak perkataan.  Dia boleh dikatakan keletah juga.  Tapi masih ada banyak perkataan yang pelat bunyinya.  Dari segi menyusu, dia semakin banyak minum susu botol.  Tapi kalau nak tidur, masih lagi cari susu mama.  Dah pandai mengira 1 hingga 10, one to ten, abjad ABC masih tunggang terbalik tapi ada usaha untuk menyebutnya dan sudah pandai baca doa makan.

Cumanya, Harraz ni agak manja terlebih.  Kuat melalak jika permintaan dia tak diikuti.  Hari-hari ada sahaja 'trick' dia nak ke kedai, walaupun hanya untuk dapatkan sebiji roti krim gardenia.  Sangat-sangat manja dan rapat dengan abah.  Anak abahlah katakan.  


Sambutan secara kecil-kecilan di rumah.  Jadilah dengan menu yang simple untuk meraikan birthday boy.


Harraz yang agak 'naughty', belum apa-apa krim kek dah kena usik.


Kakak Dija muka masam sebab kena marah tak tolong awasi adik.























Muhammad Harraz yang 'happy'.  Harraz, mama dan abah doakan Harraz dikurniakan kecerdasan akal fikiran, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kasih sayang, akhlak dan budi pekerti yang tinggi serta berjaya di dunia dan akhirat.


Harraz dah tak kisah makan, bila tengok hadiah yang kakak-kakak bagi.  Walaupun hanya hadiah dari kedai ECO RM2.00 je tapi memang 'excited' Harraz bila dapat.


Puteri, kakak sepupu Harraz yang 'ngam' dengan dia.

Harraz, semoga kamu membesar sebagai khalifah yang sempurna kerana kamulah harapan mama dan abah serta harta paling berharga buat kami.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...