Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, January 12, 2018

Muhammad Harraz Ke Tadika @ 3 years 3 months

Alhamdulillah.  Muhammad Harraz dah memasuki tadika pada usia 3 tahun 3 bulan.  Ikut tahun 2018 ni usia Harraz 4 tahun.  Mungkin ada yang kata terlalu awal masuk tadika, tapi bagi saya banyak sebab saya dan abah Hakim masukkan anak-anak kami ke tadika seawal usia 4 tahun.  Di tadika dapat belajar berkawan, mengikut arahan dan peraturan, menghafal doa-doa harian yang asas, peradaban dan yang penting disiplin dan ketepatan masa.























Alhamdulillah.  Handsome boy memang senang bangun pagi.  Seawal jam 5.00 pagi selalunya dia dah bangun.  Tipsnya mudah, tidurkan dia seawal jam 8.30 malam.  Paling lewat pun dia akan tidur jam 9.00 malam.  'No more TV or gadjet' selepas jam 8.30 malam untuk anak-anak kecuali Khadija untuk mencari info atau berhubung dengan rakan sekelas mengenai pelajaran.  


Kat rumah memang dia 'excited' nak pergi sekolah.



Ambil gambar banyak-banyak buat kenangan.  Tapi sampai sekarang, belum ada 'photo book' tentang Harraz lagi.  Kekangan masa dan mungkin faktor keterujaan mama dah semakin menurun tak sama macam Khadija dan Fatihah masa kecil dulu.  Insha Allah, salah satu 'target' mama tahun 2018 ni adalah untuk menghasilkan 'photo book' Muhammad Harraz dari lahir hinggalah masuk tadika. 



Hari pertama Harraz di tadika adalah hari kedua sesi persekolahan. Kami sampai di tadika seawal jam 7.30 pagi (sememangnya waktu masuk untuk sesi pagi Tadika An Nur).  Mama memang daftarkan Harraz di tadika seawal bulan Ogos 2017 sebab nakkan kelas sesi pagi.  Tujuannya mudah untuk menghantar Muhammad Harraz ke tadika dan juga sebab mama dan abah Hakim yakin waktu pagi adalah waktu terbaik untuk mendidik anak dari segi ketepatan waktu bangun pagi awal dan juga emosi masih segar untuk menyerap ilmu.  Itu pendapat kami.





Mulanya, Harraz buat perangai tak nak masuk dan duduk dalam kelas. Bermacam alasan dia bagi untuk mengelak masuk dalam kelas.  Nak kuih donutlah, nak mainanlah, nak main gelongsorlah dan nak ikut mama pergi Jusco (sebab dia tahu mama cuti).




Akhirnya, tinggalkan juga dia dengan ustazah kelas Saidina Umar walaupun dia menangis.  Syukur, menangis tak lama setelah ustazah pujuk.  Mama hanya intai Harraz dari tingkap yang dia tak nampak.















Sampai rumah wan, kakak Puteri yang belum memulakan sesi tadika di Little Caliph dengan Firdaus 'excited' tengok Harraz pakai baju sekolah.

Doa mama sentiasa menyebut anak-anak mama.  Semoga Khadija, Khairin dan Harraz dipermudahkan urusan menuntut ilmu kerana Allah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...