Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 3, 2018

Rezeki Lagi

Syukur Alhamdulillah.  Rezeki di hari ulangtahun kelahiran pada 25 April.  Saya dan rakan di Bahagian Sekretariat diraikan oleh Ahli Majlis kami di Hotel Tenera, Bangi dalam program Minggu Setiausaha.  Kali ini bersama artis Dayang Nurfaizah dan Jamal Abdillah.





Sampai awal, dalam pukul 10.30 pagi.  Berpeluang bergambar bermacam gaya.  Masa ni memang kamilah yang pertama sampai kat situ.  Bimbang terlewat sebab program makan tengahari ni dijangka bermula jam 11.30 pagi.


Sambil menunggu, kami disajikan dengan 'welcoming drinks' dan kudapan ringan.


Puas bergambar.


Masa ni lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Semua dah 'ready' nak masuk 'Grand Ballroom' (kalau cakap dewan besar macam kelakar, nak jugak guna perkataan English walau maksudnya sama).  Disebabkan kami dah tahu, pintu dewan hanya akan dibuka jam 12.45 tengahari sebab Dayang masih bersiap lagi, makanya kami pun duduklah di ruang atas sebab dah lama sangat berdiri sebelum tu.


Inilah orangnya yang 'sponsor' kami.  Terima kasih, Puan Azimah atas tajaan ini.


Makanan dihidangkan satu persatu.  Meja kami paling belakang, jenuh juga menunggu hidangan sampai ke meja kami.


Dayang Nurfaizah hanya keluar membuat persembahan hampir jam 2.00 petang.  Sebelum tu mujur ada artis lain yang 'backup'.  Makan sambil dengar persembahan 'live' hari tu.























Menu kedua yang dihidangkan, sup tulang.

















Nasi agak special.  Bukan nasi goreng atau nasi minyak.  Ada udang dalam dia.

















Pilihan lauk.


Semua saya ambil dan rasa.


Dessert, aiskrim green tea.  Mula-mula rasa macam pelik, green tea ni.  Tapi suapan kedua sedap pulak.























Dayang Nurfaizah yang meletop.  Suara memang 'power'.



Jamal Abdillah pun sedap suara dia menyanyi 'live'.  Semua lagu yang dia bawa memang lagu popuar dia.  Tak puas rasanya dengar dia orang berdua menyanyi.



Kami.


'Posing' jangan tak 'posing'.



Meja kami.

















Dengan Sharifah Shahirah.  Cantik dia ni.  Pot-pet, pot-pet mulut dia. 


Kak KM, kawan-kawan yang teruja nak bergambar dengan kak KM ni.  Saya ikut je.

Rezeki datang dalam pelbagai cara.  Dalam bentuk wang ringgit, kesihatan, keluarga, kasih sayang, punya kerjaya serta dikelilingi insan-insan yang baik juga adalah rezeki.  Syukur Alhamdulillah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...