Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, May 18, 2018

Marilah Mari, Pergi Mengudi @ Pilihan Raya Umum Ke - 14

Alhamdulillah, dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke - 14 yang telah diadakan pada 9 Mei 2018.  Kalau diikutkan ini merupakan kali ketiga saya mengundi.  Dua kali secara undi pos sebab bertugas semasa hari pilihanraya.  Tapi kali ini, dapat juga merasa mengundi pada hari undian dijalankan sebab saya tidak bertugas.  Syukur.  Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan.  Sudahlah tarikh mengundi diberi cuti 1 hari, keesokannya disambung lagi cuti selama 2 hari berturut-turut oleh pihak "Kerajaan Baru". 

Tahniah kepada yang telah memenangi undian pada pilihanraya ini.  Pesanan kami sebagai orang di bawah ini, laksanakan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab.  Ingatlah ianya merupakan amanah yang rakyat telah berikan kerana memilih anda sebagai pemimpin.  Kami sebagai rakyat tahu tugas ini bukanlah mudah, tapi pesan kami ingatlah setiap apa yang dilakukan menjadi timbangan amal kelak.  Laksanakanlah tugas dengan berlandaskan Islam. 







Detik bersejarah macam ni memang kena abadikan dalam bentuk bergambar.  Barulah ada bukti untuk dikenang kelak.

Akhir kata, tahniah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke - 7, Malaysia.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...