Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Seperti biasa blog ni di 'up-date' dgn cerita aktiviti saya pada hujung minggu. Kalau ikutkan hari Sabtu dan Ahad yang lepas memang tak duduk diam, macam2 saya buat. Saya macam biasa, kalau cuti pun mata ni mesti akan bangun awal macam nak pergi kerja jugak. So, bila dah bangun tu, awal2 pagi lagi dah startlah kerja mengemas saya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas saya ter'rajin sikit. Sejak akhir2 ni macam malas nak beli makanan kat luar, mood tengah ok. Hari Sabtu tu saya masak mee kari. Bahan2 dibeli petang Jumaat lepas balik kerja, cuma santan je, Hakim beli pagi Sabtu. Yelah sedap pakai santan 'fresh' dari santan kotak (kadang2 guna juga). Jom, layan gambar beserta cerita kat bawah ni.



Bahan-bahan untuk menumis.



Bau semerbak naik masa ni.



Masukkan rempah dan cili.



Ni part last sekali, bila dah masuk santan, air asam jawa dan fish ball, tahu kering. Terus tutup api.



Ni makan tengahari kami hari Sabtu lepas, mee kari dan air laici. Dapat pujian, Hakim kata sedap mungkin pasal masak guna periuk kaca mahal (visions). Periuk ni simpan je selalu kat dalam almari. Baru 2 hingga 3 kali pakai bila ada majlis makan2 kat rumah ni. Sayang sebab mahal lagipun beli kat Langkawi.

Citer pasal Langkawi, Hakim plan next year, kami nak ke Langkawi lagi. Mungkin akan booking flight ticket awal. Kali ni dia nak bapak mak dan bapak dia (dia orang tak pernah pergi). Mak bapak saya dah berkali2 pergi ikut rombongan. Apalagi saya nak beli lagi pinggan mangkuk. Tapi kali ni ala2 english style (vantage). Dan bercerita pasal mak bapak mertua ni, mereka dah tua dah (bapak mertua dalam 73 tahun, mak mertua 65 tahun). Tapi bab ajak berjalan, pantang diajak, mesti nak ikut.

Pada sebelah tengahari, lepas makan. Kami boring. Khadija pulak nak bagi leka, bagi dia mainan. Saya memang tak suka rumah bersepah2. Semua mainan mesti disimpan lepas main. Kalau nak tahu Khadija ni bila boring, lepas setengah jam je, nak susu. Jadi nak bagi dia leka. Bagi dia mainan.






Akhirnya setelah puas dipujuk ajak keluar jalan2, Hakim bersetuju. Mula2 ada ke dia plan nak pergi Kalumpang, Kuala Kubu Bahru atau Sungai Bil, Tanjung Malim. Mandi sungai. Kalau pergi Kalumpang, dia kata nak tidur chalet kat sana. Saya sebenarnya malas, sebab tak plan betul2 dan awal2. Penat nanti. Saya sebenarnya nak ajak dia pegi shopping complex, kedai kain ke. Dia tak nak. Tapi akhirnya pada pukul 2.30 petang macam tu dia 'decide' pergi ke Tesco, Setia Alam. Daripada tak ke mana2, saya setuju jelah. Kat sana pun kami tak beli apa sangat. Cuma beli drypers Khadija.



Khadija yang 'excited' nak jalan. Siap bawak basikal dia. Nasib baik kereta abah besar dari kereta mama. Layankan jelah, dia suruh angkat basikal masuk kereta.



Masa ni kat dalam kedai komputer. Hakim beli 'mouse' baru sbb 'mouse' kat rumah tu, bahagian 'right click' dah rosak. Bengang je bila nak buat kerja.



Masa ni Khadija dah ternampak sesuatu dan meronta2 minta nak kan benda tu. Ni yang tak best dengan perangai dia ni.



Dia siap cakap 'Dija nak....nak'. Dia dah pandai bahasakan diri dia dengan nama dia sekarang ni.



Ni yang dia nak. Naik mainan yang kena masuk syiling RM1.00.



Tak puas sekali. Dua kali dia naik. Sebenarnya dia tak nak berganjak. Saya tipu kata nak beli Ultraman....baru dia nak ikut. Lagipun dah ada sorang budak menunggu nak naik benda ni.



Tak puas kat situ sambung pulak kat tempat main sebelah food court. Punyalah usaha dia nak naik. Puji anak sendiri. Dia ni jenis tak putus asa, akan cuba sesuatu sampai dapat.



Akhirnya dapat duduk.



Masa ni saya dah bengang. Ajak dia balik dia tak nak. Tambahan pula ada 2, 3 orang budak main dengan dia. Dia pun apa lagi ada orang melayan. Suka dan lekalah.



Pada hari Ahad pula, saya dan Hakim bersama2 masak kat dapur. Kami masak nasi lemak untuk sarapan pagi kami. Hakim masak nasi dan goreng ayam berempah. Saya masak sambal udang dan goreng telur dadar.



Wednesday, June 10, 2009

Rindunya Muka Baby Khadija

Geramnya bila tengok gambar2 masa Khadija masih baby. Masa tengah meniarap. Cute sangat. Harap2 adik Khadija pun cute macam Khadija nanti. Tapikan masa Khadija lahir memang agak gelap sikit, yelah masa tu dia takde isi sangat. Kategori baby yang kecil walaupun berat 2.75 kg masa dilahirkan. Masa lahir rambut lebat sangat. Skrg dah cerah sikit tapi tak lah putih. Yelah mama dan abah pun bukan berkulit cerah pun.



Khadija masa montok (semangat).



Pandai buat mimik muka.



Muka kesejukan. Ingat lagi masa ni pergi Cameron Highlands.




Gambar terkini. Bila ajak bergambar, siap 'posing' entah apa2 gaya.



Masa birthday party Khadija tempohari. Rambut Khadija kerinting, entah ikut siapa pun tak tahu. Kalau ikut genetik family saya takde yang berambut kerinting. Tapi ramai yang kata cute budak2 rambut kerinting ni.



Ni masa kat Tesco Setia Alam.



Khadija yang nak naik kereta control ni. 5 minit RM3.00 dikenakan.



Round2 kat area situ je.



Bersama kakak Sarah. Lepas ni mak ngah Shima akan rindukan kakak Sarahlah ye sbb nak pindah kat Teluk Intan.

Birthday Khadija

Akhirnya sambutan birthday Khadija yang ke-2 tahun berjaya dibuat secara sederhana sahaja di rumah wan Khadija di Telok Gadong dengan dihadiri oleh sepupu dan mak saudara terdekat, yelah panggil last minute, masing2 ada agenda lain kan cuti sekolah. Jadi yang mana ada je lah yang datang.



Menu yang betul2 simple. Nasib baik tak beli kek besar. Kek kecil pun susah nak habis. Mungkin sbb selalu sgt makan kek sbb tu tak heran dengan kek dah dia org ni.



Asalnya saya beria2 nak tempah kek Upin Ipin (edible image) kat Nazeha tapi disebabkan buat order last minute, dia tak dapat buatkan.



Birthday girl.

Monday, June 8, 2009

Cerita Campur2

Entry ni cerita campur2 pasal apa yang saya buat hari Sabtu lepas. Sekarang ni, buat masa nilah, Hakim asyik sibuk je memanjang dengan kerja dia. Bosan, nak ajak jalan pun susah. Kalau setakat shopping complex tu adalah tapi terkejar2 mcm 2 minggu lepas, dapat pergi Sogo dan Jalan TAR. Dari Klang dalam pukul 5.00 ptg. Sampai hampir pukul 6.00 ptg, cari parking dalam Sogo dkt 15 minit. Pastu kejar ambil monorail dan LRT walaupun dalam hujan lebat masa tu untuk pegi ke Plaza Low Yat, ada barang yang nak dibeli. Tapi tak beli pun sbb bajet lari. Begitu begini sampai pukul 8.00 mlm, balik ke Sogo. Terkejar2 saya shopping beli baju Khadija dan baby. Sampai Sogo tutup pkl 10.00 mlm kami kat sini. Nak buat macam mana disebabkan Hakim sibuk kerja mana2 masa freelah kami terkejar2 shopping. Itu cerita beberapa minggu lepas.

Minggu ni, hari Sabtu pun Hakim kerja. Saya macam biasa tinggal dgn Khadija kat rumah. Boring sangat masa ni, kat taman perumahan kami tu sunyi, ramai yang balik kampung kot. Maklumlah cuti sekolah. Nak duduk rumah mak, pun bosan sbb banyak kerja boleh buat kat rumah sendiri. Berkemas dan macam2 lagi. Ok, pagi tu basuh baju, kemudian masaklah konon untuk Hakim sebelum dia pergi kerja makan dulu.



Baju Khadija yang dibasuh.



Ikan masak kicap, ikan goreng tepung dan tauhu masak sambal (dah masak sambal jadi kering pulak).

Masa kat dapur, tiba2 teringat pasal almari ni. Ni sebenarnya almari buku. Dibeli tak rancang sbb ada promosi, kami beli tu pun bukan letak buku. Jadi tempat letak barang kaca dan hadiah kahwin yang kami terima. Antaranya toaster, blender, yang pyrex dgn corelle tu saya beli kat Langkawi.



Almari buku yang jadi almari barang2 yang diletak kat dapur.



Banyak sangat barang kaca. Saya sebenarnya suka dan mungkin terikut2 dgn ahli keluarga saya yang lain suka beli barang kaca samada berjenama macam arcopal, syarikat menang atau giacomo. Maklumlah kami ahli, bila ada jualan murah + diskaun ahli lagi, memang berbaloi beli. Tapi tulah tabiat buruk dah beli sayang nak pakai. Yang dipakai pinggan2 biasa aje. Tak cukup dgn yang kaca, yang melamine pun melambak kat rumah mak saya. Ditambah lagi pinggan mangkuk warisan arwah atuk dan nenek yang turun kat mak saya. Satu bangsal pun tak cukup. Walhal zaman sekarang kenduri kendara dah pakai catering atau pinggan plastik pakai buang je. Apa2 pun apa yang saya beli janji dapat memuaskan hati dan mata saya.



Ni kabinet kitchen saya. Nampak macam banyak ruang, tapi pun dah penuh dengan barang2 plastik pulak.



Saya amat jaga dan titik-beratkan soal kebersihan samada dari habuk atau minyak. Lepas masak mesti saya lap bersih2.

Cerita kat bawah ni pulak tentang hobi berbasikal suami saya. Bila baca blog Tini (nahartini), suami dia pun tgh gila dengan basikal rupanya. Kalau nak tahu, basikal ni harganya mencecah melebihi RM3,000.00. Tu belum lagi bila kena tukar parts yang rosak. Aksesori pun mahal jugak. Nanti berkesempatan saya akan rakam gambar suami saya tgh tunggang basikal ni ye. Skrg disebabkan sibuk, dah jarang dah naik basikal ni. Hari Sabtu tu keluarkan pun sbb pergi kedai nak beli bateri dan suratkhabar.






Cerita hari Ahad pulak, kami sambut Birthday Khadija. Cerita dan gambar nanti di 'upload'.

Gambarku Yang Terkini - 6 months +++

Nilah gambar terkini saya....Ketika ni saya pregnant dah nak masuk 7 bulan anak yang kedua. Ramai yang tak perasan saya sedang pregnant, cuma sekarang je dah nampak buncit skt. Tak banyak berubahkan? Rasa2nya anak perempuan jugak kot. Tak kisahlah janji sihat, sempurna segalanya. Amin.....

Berat badan skrg 48 kg. Baju pun sebenarnya kalau ikutkan tak perlu banyak baju pregnant. Tapi yelah beli jugak. Dah ada dari anak pertama, pakai jelah. Saya lebih suka pakai jubah, skirt dan blouse. Maxi labuh tak minat.....Cute tak gambar saya kat bawah ni?



Friday, June 5, 2009

Perasaanku Ketika Ini

Blog ni sbnrnya pada awalnya diwujudkan hanya untuk memuatkan gambar2 sahaja tapi bila dah masuk blog kawan2 lain best plk bila baca coretan mereka. So, saya pun nak menulis jugak hari ni.

Perasaan saya ketika ni. Bosan dgn template blog saya. Rasa macam nak tukar. Tadi try masuk beberapa web template blog tapi tak berkenan plk. Entahlah...Lagipun takut plk bila tukar nanti banyak settting yang lari. Rasa macam nak yang lebih ceria latar belakangnya. Tengoklah nanti kalau ada kelapangan. Kerja jangan cakaplah makin menimbun. Tension jgk. Tapi atleast gaji yang saya terima setimpal dengan hasil kerja saya. Semoga menjadi rezeki yang benar2 halal. Itu yang saya nak. Yelah, makan jadi darah daging nanti.

Monday, June 1, 2009

Khadija Dah 2 Tahun

Syukur ke hadrat Ilahi. Khadija Amanina dah 2 tahun pada 28 Mei 2009 tempohari. Pada 28 haribulan tu bawa Khadija pergi Klinik Pandamaran, Klang ambil ubat cacing. Next appointment pada 30 Disember 2009. Berat Khadija sekarang 10.6 kg aja. Entahlah si Khadija ni nampak tembam, semangat makan nasi tp berat tak lah sangat. Walaupun makan nasi tapi cerewet jugak tu, nasi tak nak campur2 dengan lauk. Dia suka ikan berbanding ayam. Yang paling banyak minum susu. Itu yang tak larat nak buat tu.


Pada umur 2 tahun, banyak juga perkembangan Khadija yang boleh dibanggakan. Antaranya :-

1. Dari segi kesihatan, syukur sangat Khadija jarang kena demam, selesema atau batuk.

2. Boleh mengira 1 sampai 10 dan one untill five walaupun bercakap masih pelat2 lagi.

3. Minat dengan buku. Kalau pergi kedai atau shopping complex, dia tak heran dengan mainan atau anak patung. Yang dia heran buku. Mesti kena belikan dia atleast sebuah buku.

4. Pandai bercerita (banyak mulut). Kalau saya tengah berborak dengan abah dia. Dia pun sambung dengan cerita entah apa2. Contohnya cerita rekaan dia, macam ayam lah, kucing lah, burung, anjing semua lah. Janji dia pun nak tumpang join.

5. Boleh diharap suruh ambilkan barang. Selalunya betul apa yang dia buat. Buang sampah dalam tong sampah pun dia tahu.

6. Ni pun kira pandai jugak kot...Ada perasaan cemburu untuk maju. Contohnya dua pupu dia Nurdeen boleh mengira dan baca ABC, Khadija pun akan diam2 belajar dan alih2 depan kami dia baca. Tapi yang tak tahan tu dah pandai rebut barang apa yang Nurdeen ada semua dia nak.

7. Pandai ambil hati mama dan abah. Contohnya dia akan panggil dengan lembut mama...wat apo? abah...wat apo? Maksudnya buat apa?

8. Pandai nak melawa. Contohnya kalau lepas mandi memilih nak pakai baju apa. Nak yang cantik2 aje. Ada satu baju tu saya beli kat Sarawak, dia tak nak pakai langsung. Mungkin sebab warnanya yang caca-marba buat Khadija geli nak pakai. Kalau dan perempuan tu perempuan jugak.

9. Apa lagi ye perkembangan dia. Ha, makin nakal dan mengada2.

Plan sambutan hari jadi Khadija tahun ni agak lambat sikit sebab abah sibuk je sekarang ni. Maklumlah orang harapan bos (hihihi perli ni, kalau tak naik pangkat kena). Plan nak celebrate birthday Khadija dalam hujung minggu ni secara sederhana dengan sepupu2 kat Telok Gadong je.

Jom layan gambar2 lama Khadija dari kecil sampai la ni yang ada dlm simpanan PC ni.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...