Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, April 6, 2017

Fraser Hill ~ Part 3 @ Jalan-Jalan Di Petang Hari

Petang tu sekitar jam 4.00 petang, kami keluar berjalan kaki dari Hotel Shahzan Inn ke 'pekan kecil' Fraser Hill.  Tak jauh kata abah Hakim, dalam anggaran kurang 200 meter sahaja dari hotel yang mana abah Hakim putuskan eloklah hanya ke sana dengan berjalan kaki.  Mula-mula rasa macam buat apa nak susah-susah jalan kaki, naik jelah kereta, tapi bila dah jalan dalam cuaca yang redup dan sejuk, rasa syok pula.














Taman bunga kecil ni letaknya berhadapan dengan restoran.  Khairin muka susah nak 'berpura-pura' senyum, memang tak 'sporting' langsung bila dipaksa bergambar.























Berhadapan juga dengan 'trademark' Fraser Hill, menara jam.














'Handsome boy' yang tak tahu nak duduk diam walau sesaat.  Teruja barangkali.














Disebabkan terlampau tak duduk diam, Harraz kena dokong dengan abah.























Rugi kalau ke Fraser Hill tak ambil gambar kat menara jam ni.  Kira macam 'check point' juga bagi menandakan kami dah sampai ke sini.























Kami yang 'happy'.













Puas bergambar, kami berjalan di sekitar kawasan tu.  Apa yang saya lihat, ada Balai Polis dan Pejabat Pos Mini di situ.  Bangunan pula memang klasik seperti di negeri mat saleh.


Jalan sikit, berhenti bergambar.


Penat  berjalan, duduk sekejap berehat.














Jalan yang lengang membuatkan kami bebas berjalan, tapi kena hati-hati juga sebab kawasan ni berbukit dan banyak selekoh.  Takut kalau-kalau ada kenderaan yang tiba-tiba muncul.














Masa jalan-jalan tu, terjumpa satu kedai yang menjual cenderamata Fraser Hill.  Tanpa buang masa, terus sahaja pilih dan kira berapa yang patut beli.  Dapatlah beberapa keping 'fridge magnet' dan 'key chain' gambar Fraser Hill.


Budak berdua yang hanya fokus dengan mainan.  Khadija pula dah pandai, setiap kali jalan mesti ingat nak beli 'souvenir' untuk kawan.  Tu yang tak berenggang dari mama sebab takut apa yang dia nak tak dapat.























Sempat juga abah ambil gambar Harraz.














Insha Allah, 10 tahun lagi Khadija dan Fatihah dah macam kawan-kawan dengan mama.  Masa tu dah sama tinggi atau lebih tinggi barangkali.  

Semoga kesihatan kami dipelihara, usia kami diberkati dan perjalanan hidup kami lebih panjang lagi untuk terus menikmati masa-masa indah bersama.  Amin.














Superhero dengan anak-anak.














10 tahun lagi, merekalah 'bodyguard' mama.













Puas berjalan, abah Hakim putuskan balik ke Hotel untuk solat asar dulu.


Harraz meronta minta diturun dari dokongan sebab nak bebas.  Oh, no.....no.....no..... sebab takut dia 'over' berlari nanti.














Giliran abah pula pegang kamera.























Berjalan perlahan-lahan, sebab nak balik hotel, kena mendaki sikit.


Fatihah dengan aksi nakal dia.


Tengok, si Khairin Fatihah.  Comel juga dia buat macam tukan?






Tuesday, April 4, 2017

Fraser Hill ~ Part 2 @ Hotel Shahzan Inn

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 2.30 petang kami selesai urusan 'check in' dan dapat memasuki bilik.  Pilihan hotel di Fraser Hill tak banyak.  Shahzan Inn ni setahu saya antara hotel yang menjadi tumpuan kerana lokasinya yang berada di tengah 'pekan kecil' Fraser Hill.

Tempahan abah Hakim buat menerusi 'booking online' yang mana pada saya harga untuk bilik yang dipilih RM210.00 untuk satu malam beserta pakej sarapan untuk 2 orang adalah berbaloi.  Tambahan pula bilik yang kami dapat juga dekat dengan 'parking'.














Harraz yang teruja setiap kali dapat tidur hotel.














Rupa bilik sebelum disepahkan kami.














Mula-mula masuk bilik, Harraz belum tunjuk perangai lagi.  Selepas beberapa minit, mulalah dia main telefon bilik.  Sabar je dengan perangai Harraz yang tak tahu nak duduk diam.





Selepas melepaskan penat dalam 1 jam, kami putuskan keluar jalan-jalan.
 













Duduk lepak sekejap di lobi hotel.  Kawasan ni 'line handphone' kami langsung tak dapat.  Mujur pihak hotel sediakan wifi walaupun hanya di lobi.  Dapat juga kami semak 'whatsapp' yang masuk.


Mereka yang teruja tengok ikan.  Mungkin ikan kat dalam kolam hotel Shahzan Inn ni lain kot?























Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendengar setia saya.  Allah Maha Kaya, syukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya.  Saya insan yang serba-serbi kekurangannya tetapi Allah telah kurniakan saya suami untuk menyempurnakan kekurangan saya.  Alhamdulillah.


Mereka pelengkap hidup saya.


Mereka di celahan pepohon hijau.


Masing-masing teruja nak jalan dari Shahzan Inn ke 'pekan kecil' Fraser Hill. 
 












Cuaca pula lembap sahaja sebab baru lepas hujan lebat.  Memang 'best' jalan kaki masa ni sebab sejuk dan redup sahaja.
 
















Jalan-jalan, bila nampak sahaja tempat yang cantik, kami berhenti sekejap untuk bergambar.  













Shahzan Inn, hotel yang akan ditemui terlebih dahulu sebelum sampai ke 'pekan kecil' Fraser Hill.


Harraz memang kena diawasi sebab dia ni memang selamba je berjalan dan berlari.  Takut kalau 'tertomos' jatuh je sebab kawasan Fraser Hill ni tanahnya berbukit-bukit.  Walaupun perjalanan agak terbatas sebab melayan si kecil yang terlebih bijak, tapi agak 'enjoy' disebabkan suasana yang sejuk dan redup petang tu.






Fraser Hill ~ Part 1

Cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lepas, abah Hakim putuskan bercuti ke Fraser Hill.  Alasannya, sebab dalam banyak-banyak tempat, Fraser Hill kami tak pernah sampai lagi.  Puas saya mempertahankan supaya jangan ke Fraser Hill tapi ianya tak dilayan, malahan percutian kali ini abah Hakim sendiri yang booking hotel.  Dan disebabkan itu juga, akhirnya kenalah saya akur walaupun Fraser Hill bukanlah lokasi percutian yang saya 'rasa' nak pergi.  Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan walaupun rasa serik sebab pening melalui jalan yang kecil dan bersimpang siur sebelum sampai ke Fraser Hill.













Percutian kami selama 2 hari 1 malam bermula pada hari Jumaat.  Kami bertolak dari rumah sekitar jam menghampiri 9.00 pagi.  Singgah makan terlebih dahulu di Seksyen 7, Shah Alam.















Harraz yang banyak songeh.  Abah Hakim ada kalanya sabar melayan kerenah anak, adakalanya 'angin' juga kalau anak tak dengar cakap.  Apa pun abah Hakim memang abah yang terbaik untuk anak-anak mama. 

















Perjalanan pergi ke Fraser Hill kami melalui jalan Kuala Kubu Baru yang mana tujuannya untuk merasai panorama indah, hutan hijau kata abah Hakim.  Jalan ni juga merupakan jalan yang dilalui geng motosikal retro abah Hakim yang ber'camping' bulan Januari lepas.

















Berhenti sekejap di tapak yang tersedia untuk mengambil gambar berlatar panorama indah empangan Sungai Selangor di Hulu Selangor.  

















Suasana yang nyaman, redup dan lembap menambahkan lagi rasa seperti dah hampir-hampir sampai je Fraser Hill.

















Selesai berswafoto dengan pelbagai aksi, kami teruskan perjalanan dan masing-masing dah tak sabar nak sampai Fraser Hill.  Sangkaan kami yang rasa dekat je lagi nak sampai Fraser Hill ternyata tidak sebab dari kawasan Sungai Selangor tu sahaja kena teruskan perjalanan dalam 1 jam lagi dengan melalui jalan  bersimpang siur untuk sampai ke Fraser Hill tu.

Sampai di puncak Fraser Hill, hujan turun selebat-lebatnya dan kebetulan azan Zohor berkumandang di satu-satunya masjid di situ.  Alhamdulillah, walaupun bermusafir, abah Hakim sempat menunaikan solat Jumaat di sana.






Saturday, April 1, 2017

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Program Smart Solat

Cuti sekolah seminggu tidak dengan hanya main dan menonton televisyen tapi selama 3 hari juga mereka dapat manfaatkan masa cuti dengan menyertai program anjuran PEKERTI Majlis Perbandaran Klang.  Program dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang selama 3 hari bekerja yang mana mama dan abah Hakim bersama-sama memantau dan melihat mereka pada program berlangsung.  Program dijalankan di surau MPK dengan disertai oleh 70 orang anak-anak ahli PEKERTI MPK.


































Pengisian program yang bukan semata-mata fokus kepada solat tetapi anak-anak juga 'enjoy' kerana ada 'game', tayangan video, menyanyi dan menari.  Khadija dan Khairin nampaknya masih teruja untuk turut serta program ini lagi jika dibuat pada masa akan datang walaupun ini merupakan kali ketiga mereka di dalam program smart solat oleh penganjur yang sama tetapi di berlainan lokasi.  





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...