Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, April 1, 2017

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Program Smart Solat

Cuti sekolah seminggu tidak dengan hanya main dan menonton televisyen tapi selama 3 hari juga mereka dapat manfaatkan masa cuti dengan menyertai program anjuran PEKERTI Majlis Perbandaran Klang.  Program dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang selama 3 hari bekerja yang mana mama dan abah Hakim bersama-sama memantau dan melihat mereka pada program berlangsung.  Program dijalankan di surau MPK dengan disertai oleh 70 orang anak-anak ahli PEKERTI MPK.


































Pengisian program yang bukan semata-mata fokus kepada solat tetapi anak-anak juga 'enjoy' kerana ada 'game', tayangan video, menyanyi dan menari.  Khadija dan Khairin nampaknya masih teruja untuk turut serta program ini lagi jika dibuat pada masa akan datang walaupun ini merupakan kali ketiga mereka di dalam program smart solat oleh penganjur yang sama tetapi di berlainan lokasi.  





1 comments:

SABARINA said...

Seronok kan harap dapat buat buat lg utk umur 13 tahun kebawah. Ramai yg komplen anak xdpt join. Aku joinkan jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...