Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, May 3, 2017

Hutan Kecil Dan Kami

Sebelah belakang dan tepi kawasan rumah kami memang masih bersemak-samun.  Panggilan lain yang kami berikan hutan kecil sebab kawasan tu diliputi dengan semak dan pokok yang tinggi.  Setakat ni, kedudukan rumah kamilah yang paling belakang.  Tapi pada pengamatan saya, paling tidak 2 tahun lagi pasti ada rumah didirikan bersebelahan rumah kami disebabkan apa yang kami tahu tuan tanah dah jualkan tanah tersebut.

Duduk bersebelahan @ berdekatan dengan hutan kecil ni, kena rajin.  Alhamdulillah, abah Hakim rajin membersihkan kawasan kami dan adakalanya turut meracun sebelah parit yang memisahkan antara tanah kami dan tanah bersebelahan.  Bukan sahaja untuk nampak tak serabut, tapi juga untuk keselamatan kami dari ancaman binatang berbisa.

Bercerita mengenai kawasan hijau @ hutan kecil ni, banyak juga haiwan yang pernah saya lihat.  Jangan tak sangka, masih ada lagi tinggalan monyet yang mungkin sesat sekali-sekala keluar mencari makan, biawak, ular, burung wak-wak dan ayam hutan.  Kalau lepas hujan pula, kadang-kadang kelihatan burung bangau atau helang. 

Longkang tanah pula, selepas hujan lebat pula akan ada belut, ikan haruan, ikan puyu.  Selalunya longkang tanah kami menjadi sasaran pemancing ikan mencari rezeki.  Apa yang saya lihat mereka pasti tidak pulang dengan tangan kosong.  Pasti ada ikan dibawa balik, walaupun hanya seekor.

Baru-baru ni pula, yang saya tahu...... longkang di kawasan rumah kami turut menjadi tumpuan si pencari kura-kura.  Saya tak pasti, kura-kura tu dijual untuk tujuan bela atau untuk dimakan.













Balik sekolah, tiba-tiba nampak kura-kura melintas hampir dengan pagar rumah.  Apa lagi, masing-masing teruja nak ambil kura-kura.  














Kura-kura sorok kepala dalam cengkerang sebab takut.














Mula-mula memang tak rancang pun nak buat apa dengan kura-kura ni.  Tapi tiba-tiba teringat kat Faris, terus 'whatsapp' gambar kura-kura masuk dalam group adik-beradik.  Faris yang teruja beria-ia nak bela kura-kura tu.


Kami simpan kura-kura dalam baldi sementara nak bawa ke rumah mak.  Seminggu juga kura-kura ni dibela Faris.  Akhirnya, kura-kura dihantar balik semula ke rumah kami dan dilepaskan di tempat mana ia dijumpai dulu.  Faris pesan, kalau ada kura-kura yang kecil sedikit dia nak sebab alasannya kura-kura ni besar sangat, tak muat nak simpan dan bela dalam akuarium kecil yang dia ada.






Wednesday, April 19, 2017

Bila Tekak Tak Sihat @ Batuk

'Entry' kali ni mengenai gambar masakan.  Sengaja masukkan dalam blog, mana tahu dalam 1, 2 atau 10 tahun ke depan, bila saya buka blog ni, masa tu tak ada idea nak masak apa, terus sahaja teringat lauk ni dan dapat ideakan?  Mungkin juga masa tu bila saya 'throwback' ingatan saya, baru saya tahu yang saya ni masa muda-muda rajin ke dapur orangnya.  Harap-harap bila dah makin bertambah usia nanti, semakin rajin saya dalam hal masak-memasak ni.  Tapi impian yang satu ni, setiap hari saya tekad untuk tambah rajin dalam meningkatkan amal ibadat.  Insha Allah.  Semoga saya istiqomah dalam hal ni. 








Lauk sup ayam ni saya masak masa saya cuti sakit (MC) sebab demam, batuk dan selesema yang teruk.  Masa tu memang abah Hakim ada 'offer' nak belikan sahaja nasi bungkus tapi saya menolak sebab tekak rasa nak makan lauk yang dimasak sendiri.  Makanya, terhasillah lauk sup ayam yang bagi saya memang kena dengan orang yang tekak tengah tak sedap.  Anak-anak pun suka makan lauk sup-sup ni.  

















Lauk lagi satu ni, saya siap masukkan dalam Group FB 'Masak Apa Hari Ni'.  'Post' gambar ni bukan nak menunjuk tapi bertujuan membantu para suri yang tak ada idea nak masak apa.  Lauk ni memang mudah penyediaannnya.  Sekejap je dah siap.  Sesuai untuk dijadikan lauk berbuka dan bersahur sebab lauk ni tak pedas dan berkuah, ada sedikit rasa masam sebab letak air asam dah cukup bagi saya untuk menjadi pembuka selera saya.  Selain sotong, udang pun sesuai dimasak lauk sebegini.  Yang pasti, selera saya mesti lauk yang berkuah macam kari, masak lemak, asam pedas, sup atau tom yam.






Tuesday, April 18, 2017

Khadija Ikut Rombongan Sekolah

Khadija terpilih lagi ikut rombongan tahap 2 tahun ni.  Khairin pula belum ada rezeki.  Tahun depan, kalau tak dapat memang nak minta Khairin jumpa ustazah cakap nak pergi.  Sebabnya Khairin ni dalam diam, dia merungut juga tak puashati kenapa ustazah tak pilih dia.  Insha Allah ya Khairin, tahun depan giliran Khairin pula.

Rombongan lawatan ke dua lokasi iaitu Farm In The City kat Seri Kembangan dan Taman Botani Putrajaya telah diadakan pada Sabtu, 15 April 2017.  Tapi menurut Khadija, rombongan turut berhenti solat Zohor di Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Khadija 'excited' dari hari dapat borang rombongan lagi.  Bukan tak pernah dibawa ke zoo, tapi keterujaan dia agak berganda dari kebiasaan, mungkin sebab dapat berjalan dengan kawan-kawan.  Lagi-lagi dapat jalan dengan BFF dia.













































Gambar-gambar ni semua ustazah yang kirim melalui 'WhatsApp'.  Sengaja saya masukkan cerita dan gambar Khadija dan kawan-kawan ikut rombongan lawatan supaya cerita dan gambar ini akan menjadi kenangan buat mereka bila masing-masing dah besar nanti. 







Muhammad Harraz @ 2 years 6 months

Muhammad Harraz semakin hari semakin bijak.  Perkembangan dia?  Alhamdulillah.  Dia sihat, bijak dan makin keletah bercakap.  Dia dah boleh diajak berbual.  Pagi waktu hantar dia rumah wan dan petang waktu ambil dia balik, apa yang ditanya dia akan jawab kecuali kalau dia tengah 'moody'.  Tutur kata walaupun masih pelat tapi dah boleh cakap lebih daripada 2 patah perkataan dalam satu masa.























Semakin bijak akal dia, semakin banyak kerenah.  Dia tak nak potong rambut.  Nasib baik di rumah kami memang ada simpan alat untuk potong rambut.  Apa lagi, paksalah jawabnya bila dia asyik mengelak je.























Bukan senang nak suruh dia duduk diam.  Harraz ni kalau dapat keluar rumah, memang habis satu kawasan dalam pagar tu dia teroka.























'Like father, like son'.  Satu je benda yang kami dah 'terlepas' beri kepada Harraz, kononnya nak lekakan dia tapi akhirnya memberi kesan yang susah untuk kami hentikan.  Harraz sangat obses dengan Ultraman.  Setiap hari mesti nak tengok Ultraman.  Mama harap obses Harraz dengan Ultraman ni akan perlahan-lahan hilang bila bertambah usia dia nanti.  Kalau boleh setiap waktu nak pakai baju Ultraman.  Kalau jalan-jalan pula, tengok awan yang dia sebut Ultraman juga.























'Handsome and clever boy', Muhammad Harraz. 























Gambar ni mama rakam masa bawa Harraz 'check up' di Klinik Kesihatan untuk umur 2 tahun 6 bulan.  'Check up' seterusnya bila umur Harraz 3 tahun nanti.  Alhamdulillah, Allah kurniakan mama anak-anak yang sihat dan bijak.  Semoga kamu membesar sebagai anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.  Amin.






Thursday, April 13, 2017

Jalan-Jalan, Makan-Makan

'Entry' kali ni mengenai kedai makan yang kami suka 'repeat' makan atas beberapa sebab.  Antaranya sebab makanannya yang menepati citarasi kami, servis yang cepat, kedai yang bersih serta selesa dan juga lokasi yang mudah untuk meletakkan kenderaan.






Makan kat KUKUS Jalan Tepi Sungai ni memang 'best'.  Kedai makan ni saya boleh jamin, siapa yang makan akan 'repeat' lagi sebab selain makanannya yang sedap, kedai ni ada daya tarikan yang tiada di kedai lain.  Tarikannya dari segi hiasan dalaman kedai yang ala-ala tahun 60-an disamping dendangan lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma beserta dialog-dialog lucu petikan dari filem P. Ramlee yang mana tidak jemu didengar walaupun telah berputar beratus-ratus kali.  Kedai ni juga dah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan @ TV3.














Menu yang ada kat KUKUS ni sebenarnya spesifik kepada menu nasi kukus yang diberi pilihan untuk digandingkan samada dengan ayam goreng berempah, ikan patin masak tempoyak atau ikan patin masak asam pedas.  Menu sampingan lain, ada roti kukus kaya, roti kukus kari kaki ayam dan ada lagi 2, 3 menu yang saya lupa namanya.














Satu lagi lokasi yang saya boleh cadangkan makan bersama keluarga dalam suasana yang selesa ialah di Patmos Steak Cafe, Batu Belah.  Dengan harga yang berpatutan dan rasa makanan yang menepati citarasa kami, saya rasa berbaloi makan disini.














Kalau nak makan 'western' bolehlah datang ke kedai ni.














Nampak macam sikit, tapi bila dah makan, ada berlebih.













Harraz tak kisah makan.













Yang dikisahkannya, main.  Kami hanya pantau lihat dia takut-takut keluar ke jalan pula.














Muka 'happy' sebab sehari dari pagi sampai ke malam, dapat makan kat kedai.














Makan berebut-rebut dalam satu dulang macam ni memang berselera.  Hikmahnya makanan habis dimakan dan tiada berbaki walau sedikit pun.  Alhamdulillah.






Wednesday, April 12, 2017

Membaca Jambatan Ilmu @ Pesta Buku Selangor

Program yang tak akan kami lepaskan peluang kalau diadakan iaitu ke pesta buku.  Kami ke Pesta Buku Selangor di SACC pada hari kedua ia diadakan.  Agak selesa dan bebas memilih sebab kali ni kami pergi bertiga sahaja.  Pergi sebelah petang hari Jumaat tanpa abah Hakim dan Muhammad Harraz.














Mereka teruja tengok buku Ana Muslim dijual dengan harga cuma RM5.00 sebuah.














Di 'booth' Ana Muslim ni bukan sahaja buku yang kami beli tapi juga t-shirt Ana Muslim.  Alhamdulillah, kami dapat 'free gift' dari 'booth' ni sebab beli banyak.























Banyak juga buku yang kami beli, buku latihan matematik, sains, buku cara menulis karangan bahasa melayu dan bahasa inggeris, buku cerita kanak-kanak dan novel Ana Muslim.  Tapi dengan bijak memilih, semuanya tak lebih dari RM150.00 dibelanjakan.























Khadija dan Fatihah nak beli komik Gempak Starz pula.  Sebelum masuk 'booth' ni mama dah bagi 'warning' awal-awal jangan beli apa-apa lagi sebab dah banyak buku yang dibeli.























Mujur 'booth' ni penjualnya jenis yang tidak mengekori pelanggan mahupun mendesak pelanggan.  Kalau tak mesti saya dah terpengaruh 'terbeli' lagi buku seperti di salah satu 'booth' yang menjual buku cerita kanak-kanak.  Itulah kelemahan saya, kalau didesak tak tahu nak mengelak.

Semoga program seumpama ini kerapkali diadakan kerana pada saya masa pesta buku nilah buku-buku yang sebelum ini tak dapat nak miliki boleh dibeli sebab ada diskaun. 






Monday, April 10, 2017

Fraser Hill ~ Part 7 @ Masa Untuk Balik

Kat Fraser Hill ni kami memang betul manfaatkan masa yang ada.  Kami 'check out' ikut masa yang ditentukan pihak hotel.























Saya boleh nilaikan 8/10 bintang untuk hotel ini.  Kekurangan 2 bintang tu pada saya dari segi ketidakcapaian talian telefon.  Yang lain-lain rasanya boleh berpuashati sebab kami tidak berhadapan dengan apa-apa masalah di sini.  Tidur pun lena hingga ke subuh.



Bergambar sebelum balik di pintu utama hotel.  Tak pastilah samada akan 'repeat' lagi ke sini sebab saya rasa serik pula dengan laluannya yang bersimpang siur, rasa nak termuntah.  Kalau bandingkan dengan Cameron Highland, rasanya jalan ke Fraser Hill  ni lagi teruk kot.

Apa pun kenangan kat Fraser Hill menjadi salah satu momen-momen indah dalam hidup kami.  Alhamdulillah.













Jalan balik turun dari Fraser Hill kami ikut jalan Bentong/Raub.  Sengaja ikut jalan lain sebab nakkan suasana berbeza.  Dah sampai Raub, rugi rasanya kalau tak pekena durian Pahang.  Maka berhentilah kami di deretan gerai menjual durian di tepi jalan.  Budak-budak memang teruja sebab dia orang memang suka durian.  Alhamdulillah, lain kali abah Hakim janji dengan dia orang nak tengok gajah pula kat Kuala Gandah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...