Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, November 3, 2009

Aquaria, KLCC

Kami ke Aquaria, KLCC pada hari Sabtu lepas. Kami terdiri daripada Hakim, Khadija, anak buah saya Naim dan adik saya Nor. Jalan ke Aquaria tak plan sebenarnya. Mula2 plan nak pergi Putrajaya dengan atuk Ariff iaitu bapa saya, tapi tak jadi. So, kami tukar haluan sebab Khadija dah 'excited' nak berjalan hari tu. Fatihah kami tak bawa bersama atas beberapa sebab lagipun hari tu cuaca tak berapa cantik, hujan renyai2.



Khadija dan mak cik Nor nya.



Jalan di KL, Lebuh Ampang yang sesak. Waktu ni lebih kurang dalam 12.00 tengahari.



Mama n Khadija.



Dah sampai KLCC, kat laluan menuju ke Aquaria. Sempat ber'posing'.



Gambar mak cik Nor, abah, Khadija dan Naim dari belakang.



Kami bertiga.



Makan dulu sebelum masuk. Harga kat sana boleh tahan tapi nasib baik sedap kalau tak.....



Makan jangan tak makan....



Nor yang rajin melayan Khadija.



Abang Naim, anak sulung kakak saya, Kak Ti yang duduk di Teluk Intan, Perak sekarang ni.



Kat dalam Aquaria. Bayaran masuk untuk dewasa RM38.00 tapi kalau ada MyKad RM28.00. Kanak2 dikenakan RM22.00 kalau ada MyKid. Bagi yang bawah 3 tahun, tiada bayaran atau free. Ramai sungguh orang hari tu, ditambah dengan rombongan kanak2 Tadika.



Kuda laut. Kat dalam Aquaria bukan je ada spesies ikan tapi juga spesies hidupan lain yang duduk dalam air dan serangga juga haiwan berbisa yang telah di awet.



Entah apa nama spesies ikan ni. Sampai ke hari ni, Khadija tak habis2 bercerita pasal dia pergi tengok ikan.



Khadija dah boring. Masa ni kat dalam terowong kaca seolah2 kami berada di dasar lautan.



Oleh kerana bayaran agak mahal, Kami menghabiskan masa hampir 2 jam setengah kat dalam tu sambil tengok sesi ikan jerung kot yang diberi makan oleh penyelam.



Ni kat dalam KLCC, Khadija yang pantang nampak benda2 macam ni mesti merengek nak naik. Rugi je mak cik Nor masukkan 2 keping syiling 50 sen, tapi tak bergerak, cuma hon je berbunyi.

Habis je jalan sekejap kat taman KLCC, kami terus balik.... Kalau ikutkan hati nak jalan2 lagi tapi disebabkan teringatkan Fatihah kat rumah mak, terus kami balik tanpa singgah mana2 lagi. Kami sampai Klang dalam area jam 5.30 petang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...