Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, November 19, 2009

Saya Tengah Rajin

Lately ni, saya memang rajin.....rajin memasak. Walaupun simple tapi amat berpuas hati kerana Hakim dan Khadija dapat makan hasil air tangan saya. Yelah, selalu makan kat kedai pun kekadang bukannya sedap tahap mana pun. Lagipun pokai juga kalau selalu diamalkan. Hujung minggu lepas, saya masak ubi kayu rempah yang ala-ala inti karipap rasanya. Tapi gambar lupa 'upload'. Kalau ikutkan saya tak minat masak rempah tu, yang saya tahu selalu ubi kayu mak saya masak belinjan iaitu ubi disira dengan gula melaka. Boleh tahan rasanya. Oleh kerana banyak, petang tu saya ke rumah biras saya Kak Dil di Bukit Kapar, apalagi tapau kat dialah jawabnya. Kami pun bukan makan sangat ubi kayu ni, takut perut berangin nanti.

Hari Ahad pula, tengahari masak simple2 je sebab petang tu dah plan nak buat roti jalan dan serawa durian. Yang ni memang best. Isi dua biji durian dibuat serawa yang rasanya saya sendiri boleh bagi markah penuh. Roti jala pula saya yang bancuh adunan tapi Hakim tolong jalakan.



Lauk makan tengahari kami hari tu, ayam goreng, tempe masak sambal kering dan tempe masak lemak + suhun. Lauk tempe sampai 2 sebab terbeli tempe 2 peket. Lauk yang simple sebab petang nak buat roti jala lah katakan.



Serawa durian resepi mak yang senang sesangat.



Roti jala yang sedap juga dicicah dengan kari.

*** Bila tiba hari Sabtu, kalau datang mood rajin. Macam2 dirancang nak try masak.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...