Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, November 30, 2009

Aidiladha 2009

Hari Raya Korban @ Aidiladha tahun ni macam biasa seronoklah juga. Saya plan nak buat korban untuk anak2 saya insyaallah tahun hadapan. Akikah kami dah buat untuk kedua2nya. Tinggal korban je.

Hari Raya samada Aidilfitri @ Aidiladha yang best buat kanak2 pada pendapat saya. Macam saya sendiri, masa zaman kanak2 dan remaja paling best sebab masa tu masih ada arwah wan dan sepupu2. Tapi sekarang ni bila masing2 dah besar dan berkeluarga, maka balik ke rumah orang tua masing2lah bila tiba hari raya. So, raya saya hanya dengan family saya sendirilah. Tapi ada juga mak saudara dan pak saudara yang datang rumah kami sebab mak saya anak yang sulung. Sekarang dah peringkat cucu pula yang memeriahkan hari raya. Adanya Naim, Sarah, Khadija, Aqilah dan Fatihah yang buat raya kami riuh dan ceria.



Menu rumah kami. Yang mak saya masak, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, lontong, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng salut tepung KFC. Mak lang pulak masak rendang ayam dan sayur lodeh.



Seperiuk besar kuah lontong.



Puding triffle yang saya buat. Best, dapat sambutan.



Lepas sembahyang raya. Apalagi makanlah. Bapak dan menantu2nya.



Khadija dan kakak Sarah kat tangga dapur.



Comel betul.



Nur Aqilah Anis, putih gebu. Comel sangat.



Tapi yang paling comel dan sentiasa cool, Fatihah lah.



Hari kedua Raya Korban. Khadija dan kakak Sarah berbuaian.



Khadija nak buat 'peace'.



Atas permintaan kami, daging korban kami minta mak buat murtabak. Daging korban untuk dibuat inti murtabak.



Mak sedang mencanai doh untuk kulit murtabak.



Inti murtabak.



Murtabak mak saya memang best. Inti tebal dan penuh serta besar murtabaknya. Kalau dibandingkan dengan yang dijual, murtabak mak lagi sedap.

Kelisa Oh Kelisa

Sedihnya, tapi dah terjadi nak buat macam mana. First time, Kelisa saya terlibat dalam accident. Mujur kami sekeluarga tak cedera dan yang penting Khadija dan Fatihah tak apa2. Tapi masa kejadian Khadija yang tengah duduk relax terkehadapan juga (dia duduk seat depan, tak pakai tali pinggang pulak tu). Yang si Fatihah pulak sedang lena tidur kat belakang dengan saya, tergolek ke bawah kesan brek mengejut. Kejadian berlaku semasa kami on the way nak ke Kampung Bukit Kerayong....masa tu kat Jalan Meru. Berlaku disebabkan kecuaian orang depan, kami yang kat belakang yang teruk. Padahal kereta dia orang tak apa2. Orang depan suka2 berhenti kat traffic light 'u-turn'. Kereta kat depan kami, cina tua tu pulak brek mengejut, Hakim yang dah biasa dengan jalan tu, drive macam biasa tapi disebabkan silap orang depan, kami pun brek mengejut juga. Sekarang ni kereta kat bengkel panel insurans AIG. Biarlah repair pakai insurans sebab dah hampir 8 tahun pakai kereta, tak pernah claim apa2 lagi. Rugi pulak, sebab insurans komprehensif kalau tak claim kayakan syarikat insurans tu jelah. Tahun depan NCB naiklah balik nampaknya. Dengar kata, ambil masa 3 minggu juga nak dibaiki. Rindulah saya kat Kelisa tu nampaknya.....dan terpaksa berulang-alik naik kereta Lancer Hakim yang dah tentu makan minyak kuat. Pergi kerja pulak pinjam kereta adik sayalah nampaknya. Dan yang pasti Raya Aidiladha kami tak balik rumah belah mertua atas alasan kereta accident. Tapi petang tu, mertua, kakak ipar dan abang ipar datang ke rumah kami bawa juadah hari raya.



Nilah rupa kereta Kelisa kesayangan saya yang hampir 8 tahun usianya. Tukar kereta baru? No, no.....Buat masa ni biarlah Kelisa ni jadi teman kami ke sana ke sini. Banyak jasa Kelisa ni, lagipun jimat minyak. Saya memang plan nak pakai kereta lain, jenis MPV tapi buat masa ni saya fikir biarlah jimat dulu lagipun kalau beli kereta lain, kereta Kelisa ni takkan di trade in. Itu janji saya.



Fatihah dalam kereta, masa ni kami kat Balai Polis Trafik, Klang. Hakim buat report. Oleh kerana ramai kat Balai masa tu, Hakim hantar kami balik ke rumah Telok Gadong dulu. Lepas buat report, terus je orang dari bengkel panel insurans AIG datang ambil Kelisa tu.

Monday, November 23, 2009

Our Acitivities On Last Weekend

Macam biasa, bercerita mengenai aktiviti kami pada hujung minggu. Pagi Ahad, kami ke Tesco Setia Alam untuk beli barang bulanan kami anak-beranak serta barang dapur. Khadija sekarang ni kalau dengar nak pergi berjalan, cepat2 minta dimandikan. Kalau dia dah siap, selagi tak bergerak selagi tu lah bising mulut dia. Sabar jelah. Yang penting, kami anak-beranak happy walaupun hujung minggu kami terisi dengan program shopping je.



Dua2 diletakkan dalam satu troli. Fatihah tak didudukkan dalam stroller pasal nak memudahkan kami memilih barang dan letak anak2 disatu tempat.



Fatihah yang tertidur, yelah suasana kat dalam Tesco tu sejuk, apalagi tertidurlah dia.



Antara barang yang kami beli. Penuh satu troli. Tu pun belum complete kesemuanya. Diaper dan susu anak2 belum beli lagi tu.



Lepas settle pilih dan ambil barang yang kami nak, Hakim terus bayar kat kaunter, Khadija pula terus makan Kinder Bueno. Yang si Fatihah pulak masih tidur diselimuti tuala yang saya 'pinjam' pada mulanya untuk tutup Fatihah yang kesejukan dek aircond Tesco. Al-maklumlah mama lupa bawa selimut. Pasal tuala tu, akhirnya kami dapat percuma (tak bayar). Tapi terus bawa keluar, bila kat luar saya tanya Hakim, macam mana tuala ni? Hakim cakap ambil jelah. Saya pun jawab kira macam free gift untuk kami dari Tescolah hari tu sebab perabis banyak duit kat situ.



Masa ni dah sampai kat rumah. Fatihah gigih meniarap.



Mainan yang kami beli untuk Fatihah.



Lepas kemas barang2 yang kami beli. Saya teruskan tugas saya masak makan tengahari untuk hari tu. Memang tak plan makan di luar. Best sebab dapat masak lauk asam pedas ikan pari, ikan pari bakar dan sayur brokoli + karut yang ditumis dengan kicap tiram.



Sebelah petang pula, kami ke Pantai Remis. Tengoklah keadaan pantai yang dah terhakis.



Khadija bukan main suka lagi. Bila di ajak balik, dia tak nak.



Tak pe, awal bulan depan kita pergi PD ok. Stay semalam kat mana-mana hotel kat sana.



Kami bertiga berkongsi makan ais krim. Saya dan Fatihah tak keluar dari kereta sebab takut kena hujan gerimis yang kekadang tiba2 je turun.

Majlis Anjuran PEKERTI

Pada Jumaat lepas, 20 November 2009, saya telah sertai Majlis Meraikan Anak2 Di Bawah 2 Tahun dan Anak-Anak Berkhatan anjuran Pertubuhan Pekerja-Pekerja Islam (PEKERTI), MPK. PEKERTI ni merupakan salah satu persatuan yang memang aktif di sini. Pada majlis tersebut, Fatihah telah menerima cenderahati dan RM10.00 serta dititiskan sedikit madu di mulut.



Dah siap. Sebelum ke MPK.



Abah dan anak2 bergambar sebelum majlis bermula.



Menerima cenderahati daripada tetamu jemputan, Ahli Majlis MPK.



Sedang beratur untuk dititiskan madu ke mulut.



Mama dan Fatihah yang makin comel.



Kakak Khadija pun ada.

Thursday, November 19, 2009

Aksi-Aksi Khadija

Saje 'upload' gambar-gambar Khadija dan Fatihah. Cuba perhatikan aksi Khadija yang kebanyakannya tangan dia tunjuk 'peace'. Entah apa2 je.









video

video

Perkembangan Terkini Fatihah

Fatihah dah pandai meniarap. Bercerita pasal perkembangan Fatihah setakat ni dia dah pandai meniarap, senyum, gelak dengan kuat dan yang paling best pandai meragam, hehehe. Tapi meragam hanya untuk minta diangkat je. Waktu lain, Fatihah memang sentiasa ok especially waktu malam, kalau dah tidur tak kan terjaga minta susu. Selalunya saya yang bagi dia susu tanpa dia minta. Tapi bila dah tidur memang lasak sangat2. Sampai boleh buat pusingan 90 darjah.



Tengah berusaha.



Bagus Fatihah, teruskan usaha lagi. Jangan putus asa.



Akhirnya Fatihah dapat meniarap. Kakak pulak sibuk je.

Selamat Hari Lahir Buat Hakim @ Abah

16 November tiap2 tahun merupakan tarikh lahir Hakim yang saya kena ingat. Tahun ni, birthday Hakim, kami anak-beranak sambut di rumah sahaja secara sederhana sebab Fatihah masih kecil, kalau ikutkan nak aje makan di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram tapi ada baby tak elok balik sampai malam2 ditambah dengan musim hujan sekarang ni. Doa saya buat Hakim semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadat dan bekerja. Tak lupa, terima kasih atas segala2nya.



Kad hari lahir buatan sendiri yang Hakim letak dalam almari.


Hari tu juga saya puasa qada'. Hakim pun ikut puasa sunat. Time ni tengah tunggu waktu berbuka. Khadija tak sabar nak potong kek.

Khadija sekarang ni kalau bergambar, tangan dia mesti nak tunjuk 'peace' tapi entah apa2 yang jadi.



Lepas solat Maghrib baru potong kek. Fatihah pun turut serta.

Saya Tengah Rajin

Lately ni, saya memang rajin.....rajin memasak. Walaupun simple tapi amat berpuas hati kerana Hakim dan Khadija dapat makan hasil air tangan saya. Yelah, selalu makan kat kedai pun kekadang bukannya sedap tahap mana pun. Lagipun pokai juga kalau selalu diamalkan. Hujung minggu lepas, saya masak ubi kayu rempah yang ala-ala inti karipap rasanya. Tapi gambar lupa 'upload'. Kalau ikutkan saya tak minat masak rempah tu, yang saya tahu selalu ubi kayu mak saya masak belinjan iaitu ubi disira dengan gula melaka. Boleh tahan rasanya. Oleh kerana banyak, petang tu saya ke rumah biras saya Kak Dil di Bukit Kapar, apalagi tapau kat dialah jawabnya. Kami pun bukan makan sangat ubi kayu ni, takut perut berangin nanti.

Hari Ahad pula, tengahari masak simple2 je sebab petang tu dah plan nak buat roti jalan dan serawa durian. Yang ni memang best. Isi dua biji durian dibuat serawa yang rasanya saya sendiri boleh bagi markah penuh. Roti jala pula saya yang bancuh adunan tapi Hakim tolong jalakan.



Lauk makan tengahari kami hari tu, ayam goreng, tempe masak sambal kering dan tempe masak lemak + suhun. Lauk tempe sampai 2 sebab terbeli tempe 2 peket. Lauk yang simple sebab petang nak buat roti jala lah katakan.



Serawa durian resepi mak yang senang sesangat.



Roti jala yang sedap juga dicicah dengan kari.

*** Bila tiba hari Sabtu, kalau datang mood rajin. Macam2 dirancang nak try masak.


Friday, November 13, 2009

Pelapor - Dewan Undangan Negeri

Minggu ni saya ke Bangunan SSAAS, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Bangunan SUK. Saya membantu tugas sebagai Pelapor bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang berlangsung dari 9 hingga 17 November ni. Oklah dapat ke sana, dapat jumpa dan kenal dengan PA dari agensi/Jabatan Kerajaan yang lain. Dapat menambah koleksi kenalan. Lagipun tugas sebagai Pelapor amat mudah sebab menaip 100% apa yang direkod hasil daripada perdebatan oleh ADUN. Tapi kekadang agak tension bila mana sampai giliran saya dapat ADUN yang tidak fasih berbahasa Melayu kerana sudah pasti tidak jelas apa yang diperkatakan. Sabar jelah. Untuk pengetahuan, walaupun hanya 15 minit masa diperuntukkan untuk setiap Pelapor tetapi apabila ditaip semula, sampai 6 helai muka surat juga yang mengambil masa hingga selewat-lewatnya 3 jam. Tapi, saya enjoy dengan tugas ini kerana ada pulangan RM yang diperolehi.



Ruang legar bangunan ANNEX, tempat sidang akhbar MB. Kat sebelah tangga merupakan tempat wartawan.



Pejabat Dewan Undangan Negeri.



Bilik tempat kami kena siapkan laporan perbahasan.



Lengkap dengan peralatan dan kakitangan teknikal kalau ada masalah dengan komputer.



Berposing di Pejabat DUN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...