Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, January 5, 2010

Anak Kesayangan Mama

Gambar terbaru anak-anak kesayangan mama, kakak Khadija dan adik Fatihah. Khadija demam pada hari Ahad yang lepas ni. Risau ada, geram pun ada. Makin bijak sekarang ni sebab tak nak makan ubat. Yang pelik tu, masa tak demam nak je bila nampak ubat. Bila demam, kita bagi ubat tak nak pulak. Macam2 akal budak bijak anak kesayangan mama ni.

Khadija kalau cerita pasal dia takkan habis. Banyak sangat. Saya selalu bagi tahu Hakim apa yang Khadija borak/sembang dengan saya, antaranya saya kenalpasti yang daya ingatan Khadija memang kuat. Ada peristiwa lama yang kita dah lupa dia masih ingat, contoh pergi mana, dengan siapa, pakai baju apa. Semua dia akan bercerita dengan betul. Moga2 daya ingatan yang kuat dan bijak ni terus sampai dia belajar nanti.



Khadija sekarang ni semakin manja dan rapat dengan abahnya.



Masa ni jalan2 di petang hari kat Pantai Remis, Jeram. Pemandangan petang tu memang cantik sebab air tengah pasang, kalau masa air surut memang tak menarik sebab pantai ni dah terhakis. Kami selalu juga ke sana bawa Khadija sebab dekat je dengan taman perumahan kami di Kapar, dalam 10 minit perjalanan dah sampai ke sana.



Anak mama yang tetap nombor satu sama dengan adik Fatihah di hati mama. Mungkin kena gerimis. Esoknya Khadija demam.



Yang ni pulak adik Fatihah yang makin lasak, kalau letak atas katil kena kepung dengan bantal. Dah pandai tegangkan tangan, mengundur ke belakang dan hampir2 nak angkat bontot. Mak saya kata mungkin dah nak duduk. Bijak2 baru 4 bulan, cepat betul perkembangan dia.



Video aksi Fatihah sedang meniarap.

video

2 comments:

Mya said...

gambar tepi pantai tu comelnya diaaa... rambut ditiup angin sepoi bahasa.. ;)

TiNiE said...

shima..
berkongsi nama anak kita rupanya..
fatihah nurazuin nama anak ke-4 aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...