Pada 30 dan 31 Disember, saya telah mengambil cuti tahunan. Cuti yang berbaki saya bawa ke tahun hadapan dan GCR. Kami tak bercuti jauh. Tujuan mengambil cuti adalah untuk settlekan perkara2 yang masih tertangguh. Pada 30 haribulan tu juga sebenarnya adalah tarikh appointment Khadija di Klinik Kesihatan Pandamaran. Saya memang bawa anak buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan. Pemeriksaan untuk kanak-kanak pada umur sebaya Khadija (2 tahun 7 bulan) adalah sekadar timbang berat, tanya perkembangan dan ambil ubat cacing.
Perjalanan kami pada hari tu seperti gambar di bawah :-
Perjalanan kami pada hari tu seperti gambar di bawah :-
Sebelum ke klinik kami breakfast dulu.
Klinik Kesihatan Pandamaran.
Selesai check-up, tunggu abah ambil ubat cacing. Khadija ceria bila bagi tahu nak tengok wayang.
Kami seterusnya ke Ibu Pejabat MCIS Zurich, PJ untuk urusan insurans Hakim.
Kami sebenarnya nak menonton wayang cerita Princess Frog, tapi kecewa sebab kat Mid Valley tiket untuk kesemua tayangan hari tu dah full booked. Kami bergegas balik ke Klang dan menuju ke Jusco Bukit Tinggi. Hampa lagi sekali sebab semua tiket dah full booked juga. Jadi sebagai penyelesaian, kami tak jadi menonton wayang, just jalan2 je kat Jusco tu aje.
0 comments:
Post a Comment