Pengetahuan masak-masak kami suami isteri dah makin maju setapak lagi. Kami dah berjaya masak nasi beriani hasil tunjuk ajar mak (tapi masak kat rumah sendiri), lauk ayam beriani dan yang paling best sekali donut berpandukan resepi kakak saya Kak Ti. Rasa donut memang setaraf donut yang dijual di kedai. Jadi kami tak perlu risau lagi sekarang ni kalau agak-agak nak makan donut boleh terus je bancuh. Yang best tu, donut kami tu tak keras walaupun semalam.
Nasi beriani.
Ayam masak beriani ni lebih kurang je macam ayam masak kurma. Kami gunakan susu cair tak guna santan. Bila rasa, guna santan lagi sedap.
Lauk dan nasi yang sedia untuk dimakan.
Nyam-nyam memang sedap dan lembut.
Tak malu rasanya kalau nak dihidangkan kat tetamu atau dijual donut ni.
Ikan merah masak tiga rasa.
Sayur brokoli + carrot.
Resepi paling malas dan mudah. Bubur nasi campur sayur bayam dan carrot.
2 comments:
terliur aku dibuatnye shima...
ermmm bila hang bersalin yg 2nd ni.. tak tau pun, tetiba je ada.. tahniahhhhhhhhhhh!
Kalau terliur, hang suruh Zikri masak. Aku mengandung dlm senyap, cewah. Taklah, Yong tahu. Bulan Ogos last year bersalin.
Post a Comment