Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, June 17, 2010

Angin Petang di Laguna Park, Pulau Indah

Petang hari minggu, kalau kami tak balik ke Kampung Bukit Kerayong, Jeram, pasti kami jalan-jalan, paling tak ke Pantai Remis. Tapi pada Ahad lepas, balik je dari kenduri kahwin pada sebelah petang, Hakim tiba-tiba keluar idea nak ajak kami ke Laguna Park, Pulau Indah. Memang first time saya ke Laguna Park ni, walaupun MPK dah banyak kali buat function kat sana, tapi saya tak turut serta. OK jugaklah, cantik dan dimaintain oleh pihak pemaju Central Spectrum. Nama je anak jati Klang, tapi ke Pulau Indah boleh dikira dengan jari. Oh ye, kalau ikutkan, di Pulau Indah, arwah Atuk memang ada tanah pusaka di sana tapi telah diagihkan kepada 2 adik perempuan arwah.

Kami sampai sana pun dah dekat pukul 6.00 petang, pasal sebelum tu kami singgah ke rumah sewa di Sementa. Boleh tahan juga penyewa kami tu mengelentong kami, dia takde di rumah tu masa kami sampai. Mungkin malu nak jumpa tuan rumah pasal dah beberapa bulan sewa tak dibayar ditambah dengan kata nak pindah tapi barang tak diangkat. So, mengelak jelah dia nak berjumpa kami.

Memang enjoy kami anak beranak kat Laguna Park ni. Angin memang best, angin petanglah katakan. Ramai yang ambil peluang bawa anak-anak bersantai di tambah dengan beberapa pasangan pengantin yang sedang ber'posing' untuk dirakam detik abadi mereka berlatarbelakangkan taman di Laguna Park. Tapi memang berbaloi jugaklah pasal apa memang cantik pemandangan hijau di sini.



Fatihah kalau berjalan memang 'sporting' tak meragam langsung. Bak kata Hakim, anak-anak sebiji macam mama dia, kalau berjalan....'hidup'.



Atas jeti di mana ramai pemancing mengambil kesempatan memancing di sini. Kat jeti ni tertulis di papan tanda memaklumkan hanya dapat menampung hingga 200 orang sahaja dalam satu masa.



Kakak dan adik.



Tengok angin yang kuat, meniup rambut Khadija, si Khadija pulak asyik menyelak-nyelak rambut dia ke belakang persis seorang ratu (cewah).



Antara pasangan pengantin yang sedang dirakam gambar. Kesian dengan pengantin, dapat dilihat dari wajah mereka yang keletihan. Cameraman sampai 4 orang.



Muka dah letih tapi semangat berjalan masih ada.



Diakhiri dengan raut wajah Fatiha yang tulus, mulus dan ......

Sebelum balik ke rumah, kami singgah di dua lokasi iaitu masjid untuk solat Maghrib dan kedai tom yam, pekena makan malam dulu.


2 comments:

rATu kEBaYA said...

kak... kat laguna tu tiap2 mingu memang ada je pasangan pengantin buat outdoor.. tempat penuh dengan kehijauan..

Shima said...

hehehe, Aishah rmh awak kat tmn perumahan dpn tu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...