Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 28, 2010

Mama, Dija Nak Komputer!

Dah nama blog keluarga, jadi saya nak bercerita pasal anak saya, Khadija. Sekarang ni perangai Khadija kadang2 menguji tahap kesabaran jugalah tapi disebabkan dia ni keletah dan pandai ambil hati mama dan abah, kadang2 nak marah pun tak jadi.



Nak solat Maghrib dengan abah. Tengah adjust nak pakai telekung.



Kalau nak tahu, 'komputer' ni milik adik bongsu saya @ Pak Usu Meor panggilan Khadija yang sekarang ni dah 23 tahun usia dia. Menurut mak, 'komputer' ni dibeli masa Meor sekolah rendah, kalau diagak mungkin dah lebih 15 tahun kot usia 'komputer' ni. Punyalah mak saya jaga, masih elok lagi dan disebabkan Khadija tiba2 pada suatu pagi nak komputer, mungkin dah gian main PC mama. Datang rumah wan dia merengek, dalam masa yang sama, saya pun berjanji nanti bila mama dapat gaji mama belikan komputer untuk Khadija. Tapi bila wan dah keluarkan 'komputer' Pak Usu Meor, rengekan Khadija pun berhenti. Mujur tak beli, Khadija ni sekejap je dah boring dengan sesuatu benda.



Masa tengah teruja dengan 'komputer'.



Si Nurdeen tumpang2 main sekali dengan Khadija. Bila Khadija dah boring, mak saya simpan semula 'komputer' tu. Sungguh cermatkan mak saya jaga barang?

*** Atuk @ Bapak saya tak sihat, hari Jumaat malam masuk hospital tapi Ahad dah keluar. Doa saya untuk bapak, moga cepat sembuh ye.


2 comments:

rATu kEBaYA said...

samalah mc uzrei.. sekejap je bosan dengan mainan yang dia nak..

Shima said...

Mmg kot Aishah, bdk2 umur baya tu kerenahnya lbh krg sama je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...