Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 25, 2010

Ke Digital Mall, PJ

Cerita kami ke Digital Mall, PJ berlaku pada minggu lepas. Kami sebenarnya takde hala tuju hari tu, atau kata lain, tak plan pun.



Masa nak pergi, ingatkan nak pakaikan Fatihah baju ni. Tapi tak jadi.



Kakak Khadija yang tahu je nak jalan, terus siap melawa dan tak sabar2.



Fatihah yang baik. Tak banyak ragam.



Dah sampai Digital Mall.



Boringlah kat Digital Mall ni, semua barang IT.



Tak habis2 mama suruh posing, sampaikan bosan tak nak pandang kamera.






Khadija plk duduk dalam stroller, senang nak control.

Tuesday, January 5, 2010

Anak Kesayangan Mama

Gambar terbaru anak-anak kesayangan mama, kakak Khadija dan adik Fatihah. Khadija demam pada hari Ahad yang lepas ni. Risau ada, geram pun ada. Makin bijak sekarang ni sebab tak nak makan ubat. Yang pelik tu, masa tak demam nak je bila nampak ubat. Bila demam, kita bagi ubat tak nak pulak. Macam2 akal budak bijak anak kesayangan mama ni.

Khadija kalau cerita pasal dia takkan habis. Banyak sangat. Saya selalu bagi tahu Hakim apa yang Khadija borak/sembang dengan saya, antaranya saya kenalpasti yang daya ingatan Khadija memang kuat. Ada peristiwa lama yang kita dah lupa dia masih ingat, contoh pergi mana, dengan siapa, pakai baju apa. Semua dia akan bercerita dengan betul. Moga2 daya ingatan yang kuat dan bijak ni terus sampai dia belajar nanti.



Khadija sekarang ni semakin manja dan rapat dengan abahnya.



Masa ni jalan2 di petang hari kat Pantai Remis, Jeram. Pemandangan petang tu memang cantik sebab air tengah pasang, kalau masa air surut memang tak menarik sebab pantai ni dah terhakis. Kami selalu juga ke sana bawa Khadija sebab dekat je dengan taman perumahan kami di Kapar, dalam 10 minit perjalanan dah sampai ke sana.



Anak mama yang tetap nombor satu sama dengan adik Fatihah di hati mama. Mungkin kena gerimis. Esoknya Khadija demam.



Yang ni pulak adik Fatihah yang makin lasak, kalau letak atas katil kena kepung dengan bantal. Dah pandai tegangkan tangan, mengundur ke belakang dan hampir2 nak angkat bontot. Mak saya kata mungkin dah nak duduk. Bijak2 baru 4 bulan, cepat betul perkembangan dia.



Video aksi Fatihah sedang meniarap.

Masak-Masak Lagi

Pengetahuan masak-masak kami suami isteri dah makin maju setapak lagi. Kami dah berjaya masak nasi beriani hasil tunjuk ajar mak (tapi masak kat rumah sendiri), lauk ayam beriani dan yang paling best sekali donut berpandukan resepi kakak saya Kak Ti. Rasa donut memang setaraf donut yang dijual di kedai. Jadi kami tak perlu risau lagi sekarang ni kalau agak-agak nak makan donut boleh terus je bancuh. Yang best tu, donut kami tu tak keras walaupun semalam.



Nasi beriani.



Ayam masak beriani ni lebih kurang je macam ayam masak kurma. Kami gunakan susu cair tak guna santan. Bila rasa, guna santan lagi sedap.



Lauk dan nasi yang sedia untuk dimakan.



Nyam-nyam memang sedap dan lembut.



Tak malu rasanya kalau nak dihidangkan kat tetamu atau dijual donut ni.



Ikan merah masak tiga rasa.



Sayur brokoli + carrot.



Resepi paling malas dan mudah. Bubur nasi campur sayur bayam dan carrot.

Cerita Di Penghujung Tahun 2009

Pada 30 dan 31 Disember, saya telah mengambil cuti tahunan. Cuti yang berbaki saya bawa ke tahun hadapan dan GCR. Kami tak bercuti jauh. Tujuan mengambil cuti adalah untuk settlekan perkara2 yang masih tertangguh. Pada 30 haribulan tu juga sebenarnya adalah tarikh appointment Khadija di Klinik Kesihatan Pandamaran. Saya memang bawa anak buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan. Pemeriksaan untuk kanak-kanak pada umur sebaya Khadija (2 tahun 7 bulan) adalah sekadar timbang berat, tanya perkembangan dan ambil ubat cacing.

Perjalanan kami pada hari tu seperti gambar di bawah :-



Sebelum ke klinik kami breakfast dulu.



Klinik Kesihatan Pandamaran.



Selesai check-up, tunggu abah ambil ubat cacing. Khadija ceria bila bagi tahu nak tengok wayang.



Kami seterusnya ke Ibu Pejabat MCIS Zurich, PJ untuk urusan insurans Hakim.



Kami sebenarnya nak menonton wayang cerita Princess Frog, tapi kecewa sebab kat Mid Valley tiket untuk kesemua tayangan hari tu dah full booked. Kami bergegas balik ke Klang dan menuju ke Jusco Bukit Tinggi. Hampa lagi sekali sebab semua tiket dah full booked juga. Jadi sebagai penyelesaian, kami tak jadi menonton wayang, just jalan2 je kat Jusco tu aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...