Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 12, 2011

Khadija @ Starz Garden, Sogo

Kami 3 beranak ke Sogo KL ni tanpa perancangan. Itupun berlaku disebabkan kesediaan dan kesetiaan Hakim untuk membawa isteri tercinta dia ni ke Sogo.



Disebabkan tak plan, saya pun tak bawa stok baju Khadija yang cantik ke rumah mak hari tu. Pakai jelah apa yang ada. Janji kami dapat ke Sogo. Fatihah pula saya tinggalkan di rumah dengan mak. Tak sesuai nak di bawa Fatihah sekali atas faktor cuaca dan kesihatannya yang kembali batuk dan selesema.

Kami ke Sogo dalam pukul 12.30 tengahari setelah Khadija pulang dari tadika. Sebenarnya saya amik EL pada hari ke Sogo ni. Saya memang suka ke shopping complex time hari kerja. Al-maklumlah saya ni tak suka bersesak-sesak, tak selesa nak memilih barang dan berjalan.

Settle makan, saya pun memulakan rondaan ke bahagian pakaian kanak-kanak. Tapi sebelum tu, kami berdua tinggalkan Khadija di Starz Garden yang terletak di Tingkat 7.



Starz Garden ni khusus memberi perkhidmatan kepada ibubapa yang ingin meninggalkan anak-anak mereka di dalam keadaan yang selamat dan terjaga tanpa menggangu proses membeli-belah. Saya difahamkan RM6.00 dikenakan untuk seorang kanak-kanak bagi tempoh 1 jam. Tapi oleh kerana saya mempunyai birthday voucher dan membercard Sogo, maka masuk adalah percuma untuk tempoh 2 jam.



Memang selesa kerana banyak permainan dan buku di sini.



Khadija begitu leka bermain walaupun sorang-sorang.



Mulanya Hakim menemani Khadija. Tapi menurut Hakim, Khadija kemudiannya ditinggalkan untuk beliau solat. Untuk makluman, kanak-kanak yang masuk di sini akan ditag nama di baju.

Kewujudan tempat penjagaan kanak-kanak ni memang bagus dan seharusnya diambil contoh di tempat-tempat awam yang lain. Bagi saya, kalau nak shopping di Sogo ni juga, kenalah pilih waktu yang tepat kerana kalau ada sale memang harga barangan akan turun sehingga 70% dan memang berbaloi membeli especially baju kanak-kanak. Tapi disebabkan tiada satu pun yang berkenan dimata mahupun dihati, tiada satu pun yang saya beli walaupun pelbagai jenama yang ditawarkan seperti Poney, Miki, Disney, Padini, Seed dan banyak lagi.

Pada pandangan saya, sebagai pengguna, kita perlu bijak dan tidak berbelanja di luar keperluan dan kemahuan. Jangan disebabkan potongan diskaun yang tinggi, barangan yang tidak perlu pun kita beli. Saya sendiri kalau berbelanja, tak kiralah barang dapur atau baju, mesti akan senaraikan dulu di dalam kertas bagi mengelakkan terbeli barang yang tidak perlu dan seterusnya ter'over' bajet.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...