Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 23, 2013

Apa Yang Fatihah Buat Semasa Di Morib

Program Jejak Musafir Tadika Ceria Az-Zahrah 2013 memang terbaik!  Program yang dimulakan dengan lawatan ke kilang kerepek, kebun kopi serta bermalam dengan guru memberikan pengalaman baru buat Fatihah.  Berbeza dengan pengalaman ditinggalkan saya ketika berkursus dan mengerjakan umrah.

Sebagai seorang ibu, sudah pastilah saya berbangga kerana ini juga merupakan pencapaian yang positif buat Fatihah pada umur 3 tahun 9 bulan (bulan Ogos ni baru genap 4 tahun umur dia).

Pujian diberikan kepada pengurusan TCAZ kerana berusaha mengemaskini dari masa ke semasa perjalanan dan aktiviti anak-anak TCAZ semasa di Morib.  Gambar-gambar ini sebenarnya saya ambil dari facebook Az-Zahrah Education Network.























Di dalam 'group' 13 bersama teacher Fatin.


Di hadapan bangunan hotel yang dikhaskan untuk pelajar TCAZ. Sepatutnya 5 orang pelajar dalam 'group' ini, tapi saya difahamkan seorang daripadanya mengikuti kereta keluarga ke sini.


















Makan tengahari sebaik sahaja tiba di hotel.  Lega rasa hati, makan dan minum dijaga setiap waktu.

















Dalam bilik bersama kawan-kawan.  Fatihah paling 'junior', yang lain umur 5 dan 6 tahun.  
















Gambar ni tak tau masa bila dan dalam bilik siapa.  Fatihah yang berdiri di hujung katil.



Sejuk mata dan hati bila tengok gambar mereka beramai-ramai solat Maghrib berjemaah.  Fatihah juga ada di dalam jemaah ini.

















Bersujud.
















Tertidur atas sofa.  Cerita sebenar memang saya tak tahu.  Cuma saya andaikan masa ni mungkin dah lepas solat Isyak kot.  Memang 'time' tidur Fatihah kalau di rumah.  Waktu paling lewat Fatihah tidur sebelum jam 10.00 malam.  Mujur boleh lena walaupun takde botol susu.

Tahniah kepada pihak pengurusan TCAZ di atas penganjuran program yang terbaik untuk anak-anak ini.  Program yang bukan sahaja meninggalkan kenangan tetapi juga memberikan pengalaman kepada mereka untuk berdikari pada usia seawal 4 tahun lagi.  






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...