Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 20, 2013

Pertama Kali Bagi Fatihah

Selesai sudah program yang ditunggu-tunggu Fatihah iaitu sukaneka Tadika Ceria Az-Zahrah atau nama lainnya Program Jejak Musafir Cilik pada 18 dan 19 Mei 2013 bertempat di Hotel Impian, Morib, Kuala Langat. 

Seminggu sebelum program, Fatihah nampak benar-benar 'excited'. Setiap malam sebelum tidur, ada dilihat dia tiba-tiba buat senaman ringan, tekan tubi (kelakar kalau tengok cara dia) dan membaca ikrar sukaneka.  Mulut pula tak henti bercerita kepada kami yang dia bakal menaiki bas dan tidur bersama teacher di hotel.  Apa yang boleh saya katakan, dia memang beria-ia dan tak sabar nak bersukan.


Seawal jam 8.30 pagi, Fatihah sudah dihantar ke tadika untuk berkumpul sebelum menaiki bas.

















Puan Hajjah Zaharah Awang sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa.  Saya tidak berasa bimbang sangat untuk membenarkan Fatihah turut serta di dalam program ini kerana beliau pernah saya tinggalkan beberapa kali ketika berkursus dan menunaikan umrah baru-baru ini.

















Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar dan seorang teacher.

















Fatihah bersama rakan di bawah kumpulan 13.  Kumpulan ini diletakkan dibawah pengawasan teacher Fatin.  Kelihatan mereka tak sabar nak keluar menaiki bas.

















Khadija membantu Fatihah memakai kasut.  Pada ketika ini, Fatihah memang 'cool' dan 'relax' je.  


Khadija masa ni merengek nak ikut serta naik bas.  'Jealous' mungkin dengan adiknya.  

















Berada di dalam kumpulan sebelum diarah menaiki bas.

















2 buah bas membawa hampir 100 orang pelajar TCAZ dan lebih kurang 15 orang teacher.

















Dalam bas.

Saya boleh katakan yang Fatihah ni pandai 'control' diri dia bila di khalayak ramai.  Berbeza dengan perwatakan dia di rumah.  Pandai menyesuaikan diri, nampak lebih dewasa, malu nak menangis dan patuh kepada arahan dan peraturan.  Syukur Alhamdulillah, lega rasa hati untuk melepaskan dia ke program tersebut.  

Dan..... inilah yang dikatakan pertama kali bagi Fatihah.  Pengalaman beliau berseorangan mengikuti program 2 hari 1 malam tanpa ditemani kami. 






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...