Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, November 1, 2013

Galeri DiRaja dan Kek Batik

Abah Hakim sebenarnya yang beria-ia sangat nak bawa kami ke Galeri ni. Manakan tidak, beria nak tunjukkan anak-anaknya bekas bangunan pejabat yang pernah dia duduki sebelum ni.

Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz ni terletak di Jalan Stesen atau yang lebih tepat lagi berada di sebelah Pejabat Pos Klang.  Dahulunya bangunan ini merupakan salah satu pejabat cawangan Majlis Perbandaran Klang.  Abah Hakim pernah berkhidmat di pejabat ni pada awal tahun 2000 sebelum ianya diambilalih untuk dijadikan Galeri Diraja.  Terus terang, ini kali pertama saya ke sini walaupun jalan ini sering saya lalui.























Bangunan ni 2 tingkat.  Khadija dah pandai 'posing' ikut arahan.  Adik pula masih lagi ikut suka dia je.























Oleh kerana kami ni jenis orang yang ikut peraturan, gambar di dalam Galeri langsung kami tak rakam.























Syukur Alhamdulillah, kakak Dija dah mula nak bertudung bila keluar rumah.  Syabas Dija, permulaan yang baik bagi kamu.  Mama dulu pun bertudung sepenuhnya bila habis belajar di Politeknik.  Harapan kami semoga ianya berterusan.

















Di luar bangunan Galeri. 

















Masing-masing belum 'ready'.  Tapi cantik juga bila gambar 'candid' ni.  Siap ada tiupan angin lagi.

















Kami yang 'cute' (ayat perasan).

















Abah Hakim yang memang 'sporting'.  Love abah so much.

















Percubaan pertama, ambil gambar tengah lompat.

















Percubaan kedua yang nampak lebih menjadi.

Apa yang boleh saya komen, pengisian di dalam Galeri ni rata-rata adalah merupakan koleksi peribadi Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah.  Yang paling 'best' bagi saya bila lihat gambar Almarhum semasa muda, beliau memang seorang yang 'handsome'.  Terdapat juga carta susur galur Almarhum iaitu nama isteri-isteri dan anak-anak beliau.  Sebelum keluar dari bangunan ni, kami menonton rakaman semasa upacara kemangkatan beliau pada tahun 2001.  Tersentuh rasa hati......... Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah.

















Lokasi seterusnya selepas ke Galeri, kami ke Kampung Kuantan bagi menikmati makan tengahari.  Gerai makan asam pedas claypot menjadi pilihan abah Hakim.  Kami cuma mengikut sahaja.

















Asam pedas ikan pari menu pilihan saya.  Rasanya?  Bolehlah, tapi tak kena dengan tekak saya.  Setakat ni, asam pedas 'the best' bagi saya masih tetap dari air tangan mak.

















Adik yang agak 'moody' sebab mengantuk.  Adik ni makan masih kena suap, kalau tak memang tak berusiklah jawabnya.

















Ini pula adalah aktiviti saya pada keesokan harinya.  Hari Ahad yang kami putuskan untuk menghabiskan masa di rumah sahaja.  Abah Hakim seperti biasa, mengisi masa dengan memesin rumput di halaman, saya pula masak kari daging untuk makan tengahari pada hari tersebut.

















Kakak dan adik yang sedang menikmati kek batik buatan saya.

















Rasa nak buat kek ni tercetus bila mana lihat fenomena 'cheesekut' merata-rata di blog.  Untuk langkah senang, buat kek batik je lah, 'guarantee' jadi sebab dah banyak kali buat.  Lagi pun abah Hakim dan anak-anak kurang gemar 'cheese'.

















Makanan petang saya pada hari tersebut, cicah roti dengan gulai daging sambil menunggu Pak Usu Meor mereka ambil kek batik yang memang kegemarannya.

Permintaan Khadija, nak buat kek batik lagi.  Kali ni dia siap cakap, biar dia sahaja yang buat, mama cuma kena belikan bahan sahaja.






1 comments:

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...