Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tinggal 2009 & Selamat Datang 2010

Tinggal 2 hari saja lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2009. Semoga saya dipanjangkan umur supaya dapat terus hidup untuk beramal kepada Allah S.W.T., menjadi mama yang baik dan mithali, isteri yang sempurna untuk suami dan anak yang baik dan berbakti kepada kedua-dua ibubapa saya. Saya juga mohon agar tahun 2010 nanti rezeki kami sekeluarga akan dimurahkan lagi dan diberi kesihatan yang baik.

Tahun 2009, sekejap sahaja berlalu. Pada tahun 2009 ni banyak pencapaian, perubahan dan kejayaan yang saya perolehi samada dalam kerjaya dan keluarga. Kalau ikutkan dari segi pencapaian dalam keluarga saya tak sangka pada awal tahun 2009 saya disahkan mengandung dan pada bulan Ogos saya selamat melahirkan anak kedua saya Nur Khairin Fatihah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kurniaan yang tidak ternilai yang mana telah menyerikan lagi kehidupan kami sekeluarga. Tahun 2009 juga saya rasa, saya telah melakukan penjimatan yang berganda di mana simpanan di dalam akaun bank saya telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Syukur sekali lagi kepada Allah S.W.T. kerana telah memurahkan rezeki saya. Dari segi kerjaya pula, saya telah dinaikkan gred, syukur sekali lagi dan dengar2 tahun hadapan akan berlaku kenaikan gred lagi. Manakala dari segi kehidupan sosial pula, walaupun berjimat kami sekeluarga dapat berjalan hingga ke Kuching, Sarawak sempena Birthday saya pada bulan April 2009 yang lepas. Untuk birthday tahun 2010 saya, sekali lagi kami akan bercuti ke Langkawi, Kedah. Terima kasih untuk Hakim kerana prihatin, memahami dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada kami sekeluarga.

Untuk tahun 2010 pula, banyak impian saya sebenarnya tapi yang paling saya nak ialah saya ditetap dan dikuatkan iman untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Kalau boleh tak nak tinggal solat. Impian yang lain lebih kurang macam tahun-tahun lepas juga. Biarlah rahsia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...