Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, July 6, 2011

Berbuka Puasa Di A&W

Dah last2 minute macam ni barulah saya sibuk nak mengganti puasa yang tertinggal Ramadhan lepas. Kalau diikutkan, puasa yang tertinggal untuk tahun 2010 dah habis diganti. Cumanya untuk tahun 2009 (dalam tempoh berpantang sebab bersalinkan Fatihah), masih berbaki dalam beberapa hari yang saya cuba langsaikan juga. So, pada hari Khamis lepas, saya bersama Hakim berpuasa ganti dan sunat, makanya Hakim telah memilih A&W sebagai tempat berbuka puasa kami.



Macamlah dia yang puasa. Bukan main sibuk lagi Khadija dan Fatihah. Riuh rendah suara mereka berdua di dalam A&W Bukit Tinggi ni.



Fatihah yang kecil tapi berlagak macam dah besar sebab nak bebas dan duduk sendiri. Tapi adakala datang juga angin dia ni nak berkepit je dengan saya.



Dalam plastik tu bungkusan karipap yang dibuat oleh mak. Mak saya memang rajin, pasti ada je kuih untuk kudapan pagi/petang yang dibuatnya. Kalau tak karipap, kuih keria, cucur badak, cupcake atau paling kurang pun sukun/pisang goreng.



Kita orang belum berbuka, budak berdua ni dah kenyang.



Disebabkan air rootbeer nilah Hakim beria nak makan di A&W. Coney dog tu nampak je kecil macam tak cukup, sekali makan kenyang sangat.

Gambar kat bawah ni pula, gambar Fatihah dan Khadija yang excited nak pakai kasut Nike baru.



Maklumlah kasut baru, mungkin selesa dan sedap dipakai, hampir 1 jam dia orang pakai kasut ni berjalan dalam rumah.



Bila saya minta buka, si kecil Fatihah mengamuk. Terpaksalah saya biarkan sampai dia orang boring dan buka kasut tu sendiri. Macam tulah, perangai Fatihah sekarang ni dan apa yang kakak ada dia pun mesti ada. Si kakak Khadija pula masih dengan perangai tak nak bertolak ansur/mengalah dengan si adik. Maka riuh rendahlah bila budak berdua ni bertekak.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...