Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 15, 2013

Seminar Kemahiran Keibubapaan ~ Hotel Empress, Sepang

Bagi menambah ilmu untuk menjadi mama dan abah yang terbaik buat anak-anak kami, saya dan abah Hakim semestinya tidak mahu 'terlepas' peluang menghadiri 'Parenting Seminar' di bawah program SPIES DUN Selat Klang.  Program selama 2 hari 1 malam yang berlangsung pada 7 - 8 Disember 2013 bertempat di Hotel Empress, Sepang. 



Rugi rasanya kalau kami lepaskan peluang untuk sertai program ini kerana banyak tips dan kemahiran yang dikongsikan dengan peserta. Mujur kami berkongsi minat yang sama, gemar hadiri majlis ilmu dan kerana itu jugalah, sejak awal lagi kami cuba lapangkan masa masing-masing pada tarikh tersebut.



Penceramah program, Y.M. Raja Ismail bin Raja Shahadan @ lebih dikenali dengan panggilan Pak Engku. Terbaik bagi saya kerana cara penyampaiannya yang tidak membosankan.


Program SPIES untuk ibubapa DUN Selat Klang telah dijalankan beberapa siri sebelum ini.  Siri kali ini, lokasi agak jauh di Sepang, yang mana untuk program DUN Selat Klang sebelum ini hanya dijalankan di Hotel Goldcourse, Klang.  Untuk program ini juga, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta kerana ianya merupakan program pihak Kerajaan Negeri. 



Antara pengisian program, menyanyi lagu beramai-ramai.  Tu yang saya kata tak boring dan mengantuk langsung sepanjang saya duduk dalam program ni. 

















Anak-anak boleh dibawa bersama ke program ini dengan syarat tidak bersama ibubapa di dewan seminar.  

















Dan disebabkan itu, kami bawa sekali sepupu mereka dari sebelah abah Hakim yang sebaya dengan Khadija iaitu Aqilah Humaira buat menemani mereka berdua di dalam bilik.  Mujur ibu Aqilah benarkan. Kalau tak jenuh juga nak tinggalkan mereka berdua di dalam bilik tanpa kami disebabkan mereka berdua ni memang penakut.

















Aturcara program tidak terlalu ketat.  Pada sebelah petang, sempat juga kami bawa mereka mandi di kolam renang yang terletak di tingkat 12 bangunan hotel ini.

















Bukan main seronok lagi Khadija dan Fatihah sebab dalam tempoh 2 minggu berturut-turut mereka dapat tidur hotel dan mandi dalam kolam renang.

















Menikmati sarapan pagi di cafetaria hotel.

















Aktiviti mereka hanya terhad di dalam bilik hotel menonton tv sahaja sepanjang kami berada di dalam bilik seminar.

















Abah Hakim ambil kertas dan pensil dalam bilik seminar untuk mereka mengisi masa terluang.

Akan datang, kalau ada lagi program ini, saya dan abah Hakim pasti turut serta.  Satu perkara yang patut saya kongsikan disini hasil daripada program tersebut adalah anak merupakan amanah kepada ibubapa. Sudah pasti ianya akan dipersoalkan kelak oleh Allah samada kita telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut sebaiknya atau tidak....... Semoga kami dapat menjadi mama dan abah yang  terbaik buat mereka.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...