Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 5, 2013

Mandi Kolam @ Hotel Gurney

Aktiviti luar kami di Penang agak terhad disebabkan hujan.  Hujan lebat di sebelah petang dan ada waktu-waktunya hujan gerimis.  Alhamdulillah, antibodi Khadija dan Fatihah agak kuat, tak demam atau selesema walaupun adakalanya terpaka berjalan menempuh hujan gerimis. 

Hari pertama, selepas 'check in' hotel, Khadija dan Fatihah tak sudah-sudah menjenguk ke luar jendela bilik hotel.  Menunggu masa untuk turun berendam dalam kolam renang.  Memang merimaskan kami sebab tak berhenti-henti mulut mereka berdua menagih simpati minta segera dibawa ke sana.  Bila kami bagi alasan, cuaca hujan..... memang tak boleh dia terima.  Bila kata kolam tutup, mereka dok mengira berapa orang yang tengah mandi dalam tu.


Mereka berdua yang memang suka berendam dalam air.  Mujur abah Hakim punya sifat penyabar melayan kerenah anak-anak.





Tak ramai yang mandi dalam kolam ni.  Tu yang buat lagi 'best' tu.




















Mereka yang 'happy'.

















Khadija yang dah boleh apungkan badan dia.  Kami memang bercadang nak masukkan dia kelas belajar berenang bila umur 7 tahun nanti

Berenang juga merupakan riadah @ sukan cara Rasulullah S.A.W. yang mana Baginda bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Surah Al-A'raaf, ayat 26).

















Ada 2 gelongsor dalam kolam kanak-kanak.  Seperti kata Khadija, "Bestkan adik".

















Khadija ni tahan sejuk.  Lebih 1 jam dia berendam dalam kolam.  Naik tak menggigil langsung, walhal baru lepas hujan masa ni.

















 
Adik yang sikit-sikit naik atas, duduk tepi kolam sebab sejuk, menggigil.  Tangan dia sampai kecut dan biru.  Duduk tak sampai 5 minit dengan mama, terus jerit panggil abah sebab nak berendam balik.  Mama dan abah Hakim memang tahu, adik ni 'jealous' dengan kakak.

















Lepas berendam, abah Hakim sempat duduk dalam 10 minit dalam sauna.  Lepas tu, 'try' pula peralatan gym kat 'level' yang sama.

















Tambakan pasir di salah satu bahagian kat tepi 'pool'.  Bahagian 'Sports and Recreation Park' berada di tingkat 7 bangunan hotel ni.  Ada 2 'pool', sauna and 'steamroom', gym, 'kids club', ruang 'indoor games', gelanggang bola sepak pantai/bola jaring/bola tampar dan taman herba.  Memang 'best' sebab kalau tiba-tiba hujan, kita boleh masuk bawah bangunan, main permainan di bawah bahagian berbumbung.


Anugerah abah terbaik sepanjang zaman, siapa lagi kalau bukan abah Hakim.

















Sebelum 'check out', singgah lagi sekali ke 'level' 7 ni bagi memenuhi permintaan mereka nak masuk dalam Kids Club.  


Dalam bilik ni ada TV dan mainan.  Sesuai untuk letakkan anak kecil disini. 

Bestkan?  Sehinggakan Khadija dan Fatihah dah terikat hatinya kat hotel ni.  Siap pujuk mama dan abah Hakim minta sambung sehari lagi tidur kat hotel.  Lain kali ye sayang....... Insya' Allah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...