Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, January 4, 2014

Khadija Ke Tahun 1

Tahun baru 2014 kami dimulakan dengan persediaan untuk Khadija melangkah ke tahun 1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Khadija memang anak yang baik dan bijak.  Bersemangat bangun pada awal pagi, mandi dan solat Subuh terlebih dahulu pada hari tersebut.  Pilihan kami 'especially' abah Hakim yang berniat ikhlas untuk memasukkan anaknya ke sekolah aliran agama sepenuhnya nampaknya tepat kerana 'aura' positif itu telah datang dengan sendirinya di jiwa Khadija.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana membukakan pintu hati kami.

















Khadija berjaya tunaikan janjinya dengan kami.  Minum susu dalam cawan bila masuk darjah 1.  Pagi tu Khadija berjaya buktikannya.    
















Segak dengan pakaian sekolahnya.

















Beg gambar 'princess' yang dipilih sendiri oleh Khadija.

















Kasih dan sayang adik beradik.  Adik Fatihah belum mula sekolah. Tadika adik hanya bermula pada hari Isnin, 6 Januari 2014.

















Berbaris di perhimpunan pada hari pertama persekolahan.



Inilah sekolah yang menjadi pilihan kami pada saat-saat akhir.  Pada awalnya saya berbelah bahagi kerana Khadija telah mendapat tempat di Sekolah Kebangsaan Taman Gembira dan Sekolah Agama KAFA Telok Gadong yang jaraknya memang hampir dengan rumah wan. Namun, dalam bulan September 2013, abah Hakim beria-ia untuk memasukkan Khadija ke sekolah aliran agama ini.  Sekolah pilihan kami ini merupakan sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi, Klang.  Tidak seperti sekolah bantuan kerajaan yang mana setiap bulan perlu dijelaskan bayaran yuran.  Insya'Allah, dengan niat yang ikhlas kerana Allah, ianya akan dipermudahkan. Seperti kata abah Hakim, menuntut ilmu Fardhu Ain itu adalah perkara utama yang patut didahulukan dan sudah tentu ianya ada di sekolah ini.

Waktu pembelajaran di sekolah ini bermula pada jam 7.30 pagi dan tamat jam 3.30 petang.  Tak perlu lagi dihantar ke sekolah agama KAFA pada sebelah petang kerana sekolah ini juga berpandukan kepada sistem pendidikan seperti di sekolah kebangsaan dan KAFA. Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS juga telah digunapakai di sekolah ini.

















Khadija yang tersangatlah gembira sebab dapat masuk sekolah baru dan dapat jumpa semula beberapa orang kawan dari tadika PASTI dan Pra Tahfiz Az-Zahrah.

















Masa ni ujian diagnostik atau saringan untuk penentuan kelas belum dilaksanakan.  Masih berada satu kelas dengan Nurul Aisyah Sofea dan Nur Aisyah Tihani, kawan rapat Khadija di Pra Tahfiz.

















Memberikan tumpuan ke atas penerangan ustazah di hadapan.

















Pakaian ustazah menutup aurat dengan sempurna yang juga memberikan impak dan 'aura' yang positif ke hati anak-anak kecil ini.

















Sekolah ini tiada hari orientasi lebih awal seperti sekolah kebangsaan yang lain.  Orientasi dan ujian hanya dilaksanakan pada hari pertama persekolahan tersebut.  Tahun 1 ada 4 kelas di sekolah ini di mana setiap kelas memuatkan murid tidak lebih daripada 30 orang.

















Ustazah menunjukkan di mana lokasi tandas, surau, perpustakaan, kantin dan bilik tahfiz.

















Di sekolah ini, waktu rehat ada 2 kali iaitu jam 10.10 pagi ~ 10.30 pagi dan jam 1.00 tengahari ~ 2.00 petang.  Teacher Shikin, mama kepada Aisyah Sofea yang mengajar di Tadika Ceria Az-Zahrah.  Dialah yang akan membantu kami menguruskan penghantaran balik Khadija dan Fatihah nanti.  

















Khadija memang agak matang dari usia dia.  Sebenarnya tak perlu pun saya dan abah Hakim tunggu Khadija di sekolah sebab dia memang pandai uruskan diri sendiri.  Hasil daripada pemerhatian dan pemantauan kami, Khadija memang pantas dalam segala hal.  Juga pandai berbelanja di kantin.  Syukur, lega hati kami.

















Selesai makan, sebelum masuk dalam kelas, main peluk-peluk dengan adik.  Kami dapat rasa dia sangat 'happy' dan suka dengan suasana sekolah tu.

















Pelajar-pelajar diwajibkan solat  Zohor berjemaah di dalam surau sebelum rehat makan tengahari.  Oleh kerana pakaian pelajar perempuan telah menutup aurat, mereka boleh terus menunaikan solat tanpa perlu bertelekung.  

Dan yang seronoknya di sini, semua pelajar tahun 4 hingga 6 diwajibkan solat sunat Dhuha pada sebelah pagi.  Manakala pada awal pagi, sebelum sesi pembelajaran bermula, masa 1 jam diambil untuk hafazan surah di dalam kelas.

















Hari kedua, selepas keputusan ujian diagnostik diumumkan. Alhamdulillah, Khadija tersenarai di dalam kelas pertama iaitu 1 Bestari.  Ujian ini difahamkan bagi mengenalpasti tahap seseorang pelajar.  Soalan merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan jawi.

















Yang seronoknya, Khadija dapat bersama di dalam satu kelas dengan kawan rapat di PASTI iaitu Awatif. Aisyah Tihani kawan rapat Khadija di Pra Tahfiz pun ada bersama.  Lega hati mama dan abah sebab mereka ini memang kawan yang baik budi bahasanya, bijak dan yang penting ciri-ciri positif itu ada pada diri mereka ini.  Semoga mereka ini terus bersahabat baik dan Khadija dapat berada di kelas pertama ini sehingga ke tahun 6 nanti, Insya'Allah.  


Alhamdulillah, sejak hari pertama ke sekolah, solat beliau lengkap. Azan belum habis berkumandang, dia dah ambil wuduk.  Tanpa perlu di suruh.  Syukur sangat.  Semoga ianya berterusan dan sebati di jiwa Khadija.  

Apa yang boleh mama katakan, syukur Allah kurniakan mama dan abah anak sebaik Khadija dan Fatihah. Pencapaian kamu pada usia ini jika dibandingkan dengan mama pada usia yang sama dahulu, sangatlah jauh bezanya.  Kamulah pemberian Allah yang terbaik buat mama dan abah.  






Nota : Apa yang saya tulis ini bukan untuk berbangga diri mahu pun riak. Ianya bertujuan untuk memotivasikan anak-anak dan juga saya. Cerita di dalam blog ini juga sudah pasti dibaca oleh abah Hakim pada ketika ini, Khadija dan Fatihah bila mereka dewasa nanti.  Semoga cerita-cerita positif membawa kebaikan kepada kami dan pembaca blog ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...