Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, January 7, 2014

Tahun Ke-2 Di Az-Zahrah

Fatihah pada usia 5 tahun masih di Tadika Ceria Az-Zahrah.

















Majlis taklimat/penerangan kepada ibubapa diadakan lebih awal iaitu pada 4 Januari 2014 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang.  Menurut Ibu Zarah, majlis tahun ni terpaksa diadakan di hotel kerana ruang di tadika agak terhad bagi memuatkan ibubapa seperti tahun lepas.  Syabas kepada pengurusan dan 'teacher' Tadika Ceria Az-Zahrah kerana dapat dilihat anak-anak didik di Tadika Ceria Az-Zahrah makin bertambah dari tahun ke tahun.

















Tahun ke-2 Fatihah di tadika yang sama.  Masih pakai baju dan tudung tahun lepas.  Disebabkan saya khuatir Fatihah akan cepat tinggi, tempahan 2 pasang baju turut dibuat untuk tahun ni.  Mungkin baju baru akan dapat paling lewat dalam bulan Februari, menurut Ibu Zarah.


















Adik pun dapat beg baru.  Beg pilihan dia sendiri yang dibeli di GM Plaza, Klang.  Kalau diikutkan, beg tahun lepas masih berkeadaan elok.  Sengaja belikan adik beg yang baru.  Bukan untuk membazir, tapi untuk menjadi penggalak beliau rajin ke tadika setiap hari.

Geram dengan adik yang dah semakin banyak bercakap.  Selagi tak tidur, mulut dia akan berbunyi, pot pet, pot pet, bercakap tak berhenti.  'Teacher ' kat tadika pun ada mengadu hal yang sama dengan saya, kata mereka Fatihah memang banyak cakap kat tadika.  

Paling saya tak percaya, bila 'teacher' beritahu yang Fatihah pernah sekali angkat tangan, 'offer' diri baca ikrar di hadapan dengan ditemani seorang lagi kawan dia yang sama usia 4 tahun.  Sungguh berani rupanya Fatihah sama macam kakak Dija juga.


Hari pertama di tadika untuk tahun 2014.  Tadika memulakan sesi persekolahannya pada hari Isnin, 6 Januari 2014 bagi memberikan laluan kepada ibubapa untuk menguruskan persekolahan anak yang lain.

Kelakar juga bila lihat anak-anak lama yang dulu usia 4 tahun masih perasan yang dia umur 4 tahun.  Bila 'teacher' suruh berdiri dalam barisan anak umur 5 tahun, mereka macam pelik.  Yelah, tahun 2014 masing-masing dah jadi kakak dan abang untuk adik umur 4 tahun pula.

















Bagi menimbulkan 'mood' ceria buat anak-anak yang telah lama bercuti, beberapa buah lagu dan muzik 'Chicken Dance' telah dimainkan.  Fatihah muka memang susah nak senyum, tapi bila menyanyi dan menari nampak yang dia bersungguh-sungguh.

Harapan mama buat Fatihah, semoga Fatihah diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk menerima apa yang diajar oleh 'teacher' nanti. 

Lega hati saya bila lihat kedua-dua anak saya sangat suka bersekolah.  Alhamdulillah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...