Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 9, 2015

Percutian Keluarga ~ Port Dickson ~ Day 1

Awal cuti sekolah baru-baru ni, kami bercuti ke Port Dickson selama 3 hari 2 malam.  Percutian yang memang dah dirancang awal oleh kami adik-beradik.  Dalam perancangan, memang mulanya kami nak mak, bapak dan semua adik-beradik mesti bersama-sama mengikuti percutian ini.  Namun, disebabkan mak dan bapak tak berminat nak turut serta sebab lebih selesa katanya berehat di rumah, makanya hanya kami 4 beradik dan keluarga masing-masing bercuti di PD.  Kenapa hanya 4?  Family Kak Ti pun tak turut serta sebab suami beliau @ abang Suffian kami yang menyambung pengajiannya ada kelas pada hujung minggu tersebut.


Kami menginap di rumah rehat milik Sime Darby di Batu 9, Port Dickson.  Terletak berdekatan dengan simpang masuk ke Politeknik.  Penginapan untuk percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Pak Usu Meor dan Mak Usu Anis yang juga staff Sime Darby.

Memang best, kali ni kami bercuti dengan membawa bersama stok makanan untuk 3 hari di sana.  Bayangkan dalam kereta masing-masing penuh dengan makanan.  Siap dengan lauk-pauk lagi.













Budak-budak yang teruja dan tak sabar nak mandi laut kata mereka.


Sementara nak tunggu pukul 5.00 petang, mereka duduk diam dengan aktiviti mereka.














Baby Muhammad Harraz dan Firdaus.  Mujur mereka tak banyak ragam.













Seawal jam 4.00 petang mereka dah tukar baju renang.  Mereka tersangatlah 'excited' nak mandi laut.  Tapi sebelum tu, kami dah aturkan sukaneka untuk mereka.


Harraz dan Firdaus kami letakkan kat atas tikar.


Sukaneka ringkas untuk mereka.


Hanya Khadija dan Fatihah yang 'sporting'.  Yang lain-lain agak 'malu-malu kucing'.


Bagi memberikan semangat, kami sediakan hadiah buat mereka.  Yang kalah pun dapat juga.














Horey, dapat hadiah.


Giliran Fatihah pula dapat hadiah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...