Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 20, 2017

1 Syawal 1438H

Alhamdulillah.  Syukur, Allah masih dipanjangkan usia untuk bersama-sama insan tersayang pada 1 Syawal 1438H.  Rutin seperti tahun-tahun sebelumnya, bangun awal pagi macam nak bersahur juga sebab seawal jam 7.00 pagi dah kena bergerak ke Kampung Bukit Kerayong untuk mengejar solat sunat Aidilfitri.

Sebelum tu dah semestinya kena bergambar dahulu di rumah sendiri. 














Seterusnya, lepas solat sunat Aidilfitri dan makan beramai-ramai di rumah mertua di Kampung Bukit Kerayong, Jeram, diteruskan dengan aktiviti bersalam-salaman dan bergambar beramai-ramai.  Tapi gambar tak lengkap sebab ada adik-beradik abah Hakim yang beraya di sebelah keluarga mertua mereka terlebih dahulu.



Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami teruskan perjalanan ke rumah mak bapak di Telok Gadong, Klang.  Kat sini sunyi sikit sebab hanya keluarga saya dan adik lelaki bongsu (Pak Usu Meor) sahaja yang ada.  Sunyi juga sebab sepupu-sepupu dan mak cik-mak cik (adik mak) beraya di sebelah keluarga mertua mereka terlebih dahulu pada tahun ni.


Mak dan bapak.  Semoga mereka diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diampunkan segala dosa-dosa mereka.


Kami di 1 Syawal 1438H.

Gambar-gambar 1 Syawal kami adik beradik dikirimkan melalui 'whatsapp'.  Walaupun tak bersama di pagi 1 Syawal, yang penting masing-masing saling mengingati dan memaafkan antara satu sama lain.

Family Mak Long.























Family Mak Ngah.






















Family Mak Lang.


 Family Mak Cik.






















Family Pak Usu.
























0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...