Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 13, 2017

Intai-Intai Deko Syawal 1438H @ Teratak Kami

Dekorasi teratak kami bagi menyambut kedatangan 1 Syawal 1438H tiada banyak perbezaan kerana masih mengekalkan perabot yang lama kecuali penggunaan 3 permaidani baru.  Alhamdulillah, walaupun tiada yang baru, saya cukup berpuashati dengan hasilnya.  Tahun ni juga kami tidak mengupah mana-mana 'Cleaner' atas dasar tidak berpuashati dengan hasil kerja mereka. 

Kerja mengemas ni kami buat secara berjadual.  Seminggu sebelum puasa, kami dah mula mencuci longkang sekeliling rumah.  Lap tingkap, bersihkan sawang, mencuci, mengemop dan bersihkan dalam dan luar rumah kami lakukan setiap hujung minggu bermula dari awal bulan Ramadhan lagi.  Satu perkara tentang saya.... mengemas bukan sekadar untuk ruang yang diduduki tetamu tetapi mengemas bagi saya bermula dari bilik tidur, almari baju, tandas sehinggalah ke ruang dapur (termasuk di dalam kabinet).  Ya, saya akan berhabis-habisan mengemas untuk menyambut kedatangan 1 Syawal.  Mujur amalan mengemas dan membersihkan rumah ni saya buat setiap minggu dan bukan bila menjelang hari raya.  Alhamdulillah, kepenatan mengemas sendiri dengan bantuan abah Hakim berbalas bila melihat hasilnya di penghujung Ramadhan. 
































Syukur Alhamdulillah.  Segala kepenatan berbalas dengan pujian dari adik-beradik, mak sedara dan sepupu yang datang.  Rumah kami juga jadi tumpuan tak kira di dalam atau luar rumah untuk merakam gambar keluarga.  

"Rumahku, Syurgaku".  Syukur, rezeki dan nikmat yang Allah beri ini tak akan saya abaikan.  Perancangan tahun hadapan pula, dah bosan dengan 'wallpaper'.  Jika diizinkan dan kalau abah Hakim rajin dan beri sokongan, saya nak warna dinding dalam rumah kami dicat baru tahun hadapan.  Insha Allah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...