Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 6, 2017

Ramadhan 1438H

Alhamdulillah.  Bulan Ramadhan tahun ni dilalui dengan penuh ketenangan.  Antaranya sebab Khadija dan Khairin hanya bersekolah 6 hari sahaja.  Selebihnya cuti persekolahan pertengahan tahun dan cuti sebelum sambutan Hari Raya.  Persiapan berbuka di rumah juga agak mudah disebabkan waktu balik kerja diawalkan ke 4.30 petang.

Aktiviti di rumah sepanjang Ramadhan pula banyak dihabiskan dengan mengemas semenjak dari awal Ramadhan lagi.  Tahun ni memang kami sepakat untuk tidak mengupah mana-mana 'Cleaner' seperti tahun sebelum ini atas alasan lebih puashati sekiranya kami bersihkan sendiri.  

2, 3 hari sebelum 1 Syawal, baru mereka bertiga berpeluang main bunga api.  Sekadar bunga api dan 'pop pop' je yang abah Hakim beli.  Selain itu, pak sedara mereka yang bawa.




















0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...