Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, July 4, 2017

Kelisa To Bezza

Setelah 15 tahun berkhidmat, akhirnya Kelisa kesayangan bertukar tangan.  Hati tergerak untuk bertukar kepada yang baru.  Semuanya bermula pada akhir bulan Mei baru-baru ini.  Seminggu sebelum puasa.  Mak Utih berminat melamar Kelisa saya......  Dulunya, pernah saya berbual kosong dengan mak, kononnya nak beli kereta baru.  Tapi hajat nak bertukar kereta tertangguh sebab hati berat nak 'trade in' Kelisa ni.  Sayang sangat saya dengan Kelisa ni sebab banyak jasanya.  Dialah kereta pertama saya yang dibeli bertujuan untuk memudahkan pergi balik kerja.  Dialah yang setia membawa, menemani dan melindungi saya dari panas dan hujan.  Dialah juga antara yang 'terpenting' dalam hidup saya selain suami dan anak-anak.  Dicalarnya dia, terlukanya dia... sama juga terlukanya hati saya.  

Terima kasih Kelisa di atas jasa dan bakti kamu kepada saya.  Walaupun berat hati nak lepaskan, tapi saya tahu, 'tuan' baru kamu akan jaga kamu lebih baik daripada saya.  Ya, betul.  Alhamdulillah, Pak Utih dan Mak Utih saya telah perbaiki mana-mana kekurangan kamu.  Saya tahu kamu bahagia dengan tuan baru kamu.  Kamu tetap saya nobatkan nombor satu dalam hati saya.














Sepanjang 15 tahun ni, warna cat Kelisa masih 'maintain' maroon disebabkan saya memang suka warna ni.  Pernah sekali dicat semula sekitar tahun 2013.






















Ramai yang 'admire' dengan Kelisa ni rupanya.  Selepas dah bertukar tangan, 2 orang kecewa kenapa tak jual sahaja Kelisa ni dengan mereka disebabkan 'body'nya masih cantik.

 
Akhirnya......  Bezza berjaya 'mencuri pandangan' saya seperti mana saya 'jatuh hati' pada Kelisa 15 tahun dulu.  Atas faktor pengalaman juga, Perodua menjadi pilihan yang mana bagi saya ianya jimat dari segi penggunaan minyak. 

Sebagai pengguna, perbezaan tetap ada, Kelisa 1.0 Manual dibandingkan dengan Bezza 1.3 Auto.  Kalau ditanya mana best?  Jawapannya.......... Alhamdulillah, tak menyesal rasanya saya 'berhijrah' kepada yang lebih baik.






1 comments:

MrsEnoxis said...

I pun duk terfikir nk jual kelisa..tp sayang..huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...